meh borak2 ngan ecah. :D

Archives

Chatting bersama Aishah

Aishah akan online pada pukul 8.30/9.00mlm ke atas di chatbox forum rasmi di http://aishahaf7.smfforfree.com/ pada 28 mei 2009 (khamis)

Link ada disediakan di dalam blog ini.

Anda boleh bertanya apa jua perkembangan Aishah .

Jangan lupa...

Teruskan menyokong Aishah dengan seikhlas hati.

Aishah @ Kuching

Part 2
Aishah juga sempat menyanyi bersama Claudia menyanyikan lagu When you`re gone sewaktu rakaman Trek Selebriti Claudia di tempat kerja lama Claudia iaitu di Steppes.
Claudia menyanyi few verse manakala Aishah di part chorus.







Aishah @ Kuching

Part 1
Baru baru ni ketika Aishah pulang ke Kuching, Aishah sempat menjayakan sesi penggambaran Trek Selebriti di sana. Kepada semua peminat-peminat Aishah, ini adalah antara gambar-gambar yang sempat diambil. Credit to Mona.
Nantikan gambar-gambar seterusnya.
Jangan lupa menonton Trek Selebriti di kaca televisyen anda.


nak menari tarian melanau


with trek selebriti crew


with little fans


Owkay, pic-pic menarik Aishah di pentas final AF7 . Many thanks to Joe Lee untuk semua pic di bawah.










credit to joe lee @ http://www.klubbkidd.com/



Khas untuk semua..pic2 menarik Aishah semasa dekat GSA2009 di perkarangan luar Std Putra sebelum menjelang malam penentuan Konsert Akhir Akademi Fantasia yang ke-7.
All da pic..credit to Juliazafri..
Thanks a lot.







Keputusan AFMASUK

Kedudukan pelajar undian AFMASUK setelah undian ditutup

ARIL - 52.45%
AISHAH - 26.6%
ZIZI - 6.87%
SIDI - 5.84%
CLAUDIA - 4.59%
QHAUD - 1.71%
RINI - 0.86%
RUBISA - 0.48%
OBRI - 0.34%
ADILA - 0.26%


Buat semua peminat-peminat Aishah yang selama ini memberi sokongan kepada Aishah dan sentiasa melayari blog ini diharap sentiasa terus memberikan sokongan tidak putus-putus kepada Aishah selepas ini. Mungkin tiada rezeki buat Aishah untuk diterima masuk kembali tapi yang pasti kita telah berusaha dan sentiasa mendoakannya. Sekejap rasanya masa berlalu dan musim Akademi Fantasia 7 hampir menuju ke penghujungnya.
Terima kasih buat peminat-peminat yang mengundi untuk Aishah sejak dari konsert pertama lagi hingga berjaya sampai ke konsert ke-8.

Owkey dehhh..

Semalam pada yang terlepas menyaksikan Diari Khas Ext yang membincangkan topik AFMASUK bersama wakil FC setiap pelajar, jangan lupa melayari video di bawah ini.
Kita ikuti sedutan Diari Khas Ext ini yang menampikan wakil Aril FC, Sidi FC, Claudia FC dan tentunya wakil dari Aishah FC iaitu saudari Effa.

Part 3 : DIARI KHAS EXT AF7 MINGGU KE-9
video credit to : crystle1987

AFMASUK AISHAH dan hantarkan ke 32999 sekarang.

AFMASUK AISHAH


Perhatian untuk semua peminat-peminat Aishah. Misi kita minggu ini adalah memastikan Aishah berjaya diterima masuk semula ke dalam Akademi.

Taip AFMASUK AISHAH dan hantar ke 32999.

Untuk menghantar lebih dari satu undian senang sahaja caranya

Taip AFMASUK3 AISHAH dan hantarkan ke 32999
Taip AFMASUK5 AISHAH dan hantarkan ke 32999
Taip AFMASUK10 AISHAH dan hantarkan ke 32999


AFMASUK bermula jam 10.00pm-Isnin (04/05/2009) dan akan ditutup pada 9.oopm-Sabtu (09/05/2009), iaitu pada malam Konsert Mingguan ke-9 Akademi Fantasia 7
Teruskan menghantar undian anda...
Keep on voting...!!!!

Aishah menjadi mangsa AFMASUK??
Konsert ke-8 bakal diingati oleh semua peminat-peminat Aishah yang berada di luar sana apabila Aishah dan Claudia diumumkan sebagai pelajar yang tersingkir daripada meneruskan pengajian di Akademi apabila mendapat kedudukan undian yang terendah selepas undian ditutup ketika di penghujung konsert. Walaupun berada di kedudukan kedua dari bawah namun jelas ia tidak berupaya menyelamatkan Aishah apabila berlaku kejutan di penghujung konsert apabila dua orang pelajar dikehendaki meninggalkan Akademi Fantasia pada konsert minggu ni
Secara keseluruhannya, persembahan Aishah pada malam itu sangat memukau dengan mampu melaksanakan tugasan teater muzikal dengan begitu baik . Perlu diingat setiap pelajar hanya melakukan persediaaan tidak sampai seminggu sahaja dan ia jelas dikira cukup berjaya pada diri Aishah sendiri. Tahniah Aishah..
Pengetua AF, Datin Seri Tiara Jacquelina turut membuat kejutan dengan mengumumkan bahawa AFMASUK akan diadakan khas khusus buat pengundi memilih pelajar kesukaan mereka untuk diserapkan kembali di dalam akademi.
Kepada semua peminat-peminat Aishah diluar sana teruskan sokongan Aishah dengan mengundi untuk AFMASUK Aishah. She deserved it.
Nantikan pengumuman secara rasmi tentang AFMASUK dalam masa terdekat. Teruskan menonton Dairi Akademi Fantasia untuk info lebih lanjut.
Owkey Dehhh.....go Aishah go...u are the best..!!!

Aishah
pic credit to joe - http://www.klubbkidd.com/

Aishah
pic credit to joe - http://www.klubbkidd.com/

Aishah
pic credit to joe - http://www.klubbkidd.com/


Aishah bersama ayah tersayang,Bujang
pic credit to joe - http://www.klubbkidd.com/








Slot Akasia - Aishah
video credit to : teaoya



Berikut adalah kedudukan pelajar sebelum dan selepas konsert.

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

YAZID -29%
ISMA - 27%
HAFIZ -15%
AKIM -10%
AISHAH - 9%
CLAUDIA - 9%


Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

YAZID -22%
HAFIZ -21%
ISMA - 20%
AKIM -14%
AISHAH -13%
CLAUDIA - 11%