meh borak2 ngan ecah. :D

Archives

Baru-baru ini Aishah bermain boling bersama Aishah Frenz di Kejohanan Boling Underneath Pokok Kelapa (UPK) anjuran Marsha Londoh Entertainment bertempat di Cosmic Bowl, Mid Valley Megamall. Antara bintang-bintang AF yang turut hadir selain Aishah adalah Zizi AF7, Riz AF6 dan Marsha AF3. Pelbagai gelagat yang dapat dilihat terutama aksi setiap pasukan bertanding.

Aksi Aishah sebelum melakukan balingan.

Entah apa yang dibualkan oleh Aishah dengan Zizi. Mungkin jumlah score masing-masing agaknya.




Selepas bermain boling, pada hari yang sama juga Aishah bergegas ke Putrajaya untuk menghadiri satu event iaitu Kejohanan Rowing Jabatan Perdana Menteri 2009. Aishah mempersembahkan 2 lagu iaitu salah satunya adalah lagu wajib Aishah sendiri iaitu Dan Sebenarnya dan sebuah lagu lagi iaitu Molek. Selain Aishah, 2 bintang AF7 yang turut dijemput membuat persembahan adalah Obri dan Zizi.

Aishah dan Obri
Aishah

Aishah


Obri, Zizi dan Aishah

Aishah dan Zizi

Untuk semua gambar gambar di atas. Jutaan kredit khas untuk Kematz, Juliazafri dan Sally.


Pada yang terlepas peluang menyaksikan persembahan Aishah di Putrajaya jangan lupa menonton salah satu persembahan Aishah di sana. Lagu berjudul Molek khas untuk semua peminat-peminat Aishah.


Aishah AF7 - Molek

p/s : kualiti bunyi video kurang memuaskan disebabkan sistem audio terletak jauh dari tempat Aishah membuat persembahan.