meh borak2 ngan ecah. :D

PEMANGKIN

Seperti biasa bila mentari eletrik di bilik kami telah bertamu kami masing-masing siram membasahi diri. Setelah selesai solat Subuh, Aishah dan rakan-rakan bersiap dan pergi ke Akademi.

Kelas awal yang dimulakan dengan Cikgu Syafie dan Cikgu Siti Hajar. Sebagai insan pertama yang menyanyi Aishah mendapat teguran yang amat memberangsangkan. Sambungan kelas ditangguh kerana ada perjumpaan dengan principal. Betapa bertuahnya kami kerana kami sentiasa diberi motivasi dan pemangkin agar sentiasa berusaha.

Tiba waktu kelas Miss Absolutely Gorgeous Aida dan kami masing-masing menceritakan maksud lagu serta memahami emosinya. Kelas kami bersama beliau diakhiri dengan menjiwai watak serta situasi yang diberikan. Amat seronok pelajaran hari ini!

Yang terakhir sudah tentu kelas menari bersama Cikgu Aris. Kami di suruh agar merancang sendiri pergerakan yang akan dibuat semasa persembahan. Seterusnya kami teruskan dengan tarian Menuju Puncak.

Maka kami akhiri kelas sebelum 9 malam.

0 Comments:

Post a Comment