meh borak2 ngan ecah. :D

Archives

Baru-baru ini Aishah bermain boling bersama Aishah Frenz di Kejohanan Boling Underneath Pokok Kelapa (UPK) anjuran Marsha Londoh Entertainment bertempat di Cosmic Bowl, Mid Valley Megamall. Antara bintang-bintang AF yang turut hadir selain Aishah adalah Zizi AF7, Riz AF6 dan Marsha AF3. Pelbagai gelagat yang dapat dilihat terutama aksi setiap pasukan bertanding.

Aksi Aishah sebelum melakukan balingan.

Entah apa yang dibualkan oleh Aishah dengan Zizi. Mungkin jumlah score masing-masing agaknya.




Selepas bermain boling, pada hari yang sama juga Aishah bergegas ke Putrajaya untuk menghadiri satu event iaitu Kejohanan Rowing Jabatan Perdana Menteri 2009. Aishah mempersembahkan 2 lagu iaitu salah satunya adalah lagu wajib Aishah sendiri iaitu Dan Sebenarnya dan sebuah lagu lagi iaitu Molek. Selain Aishah, 2 bintang AF7 yang turut dijemput membuat persembahan adalah Obri dan Zizi.

Aishah dan Obri
Aishah

Aishah


Obri, Zizi dan Aishah

Aishah dan Zizi

Untuk semua gambar gambar di atas. Jutaan kredit khas untuk Kematz, Juliazafri dan Sally.


Pada yang terlepas peluang menyaksikan persembahan Aishah di Putrajaya jangan lupa menonton salah satu persembahan Aishah di sana. Lagu berjudul Molek khas untuk semua peminat-peminat Aishah.


Aishah AF7 - Molek

p/s : kualiti bunyi video kurang memuaskan disebabkan sistem audio terletak jauh dari tempat Aishah membuat persembahan.

Aishah @ Putrajaya

Aishah akan membuat show di Putrajaya sempene Pesta Air

MASA : 2.30 PTG
VENUE: PUTRAJAYA
TARIKH : 21.6.2009(AHAD)

datanglah beramai-ramai.
Okayy..~

Pada hari ahad ini bertarikh 21hb June 2009, Aishah frenz akan menyertai pertandingan boling Underneath Pokok Kelapa anjuran Marsha Londoh Entertainment bertempat di Cosmic Bowl, Mid Valley yang dijadualkan berlangsung pada pukul 10 pagi dan selepas itu satu simple gathering akan diadakan antara Aishah dan peminat-peminatnya.

DATE : 21 JUNE 2009(AHAD)

TIME : AFTER MARSHA BOWLING TOURNEMENT)

VENUE : STEVEN'S CAFE,MID VALLEY,K.L


* TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA...

* MAKAN/MINUM TANGGUNG SENDIRI(SDN BHD)....HEHEHEHEE TQ

( Perhatian!! kalau boleh datang seawal mungkin pada pukul 10pagi untuk menyokong pasukan boling Aishah Fanz kerana selepas itu Aishah akan bergegas ke show di Putrajaya pada pukul 2.30 ptg hari yang sama. Sekian. Terima kasih.

So, apa tunggu lagi.
Sila beri nama di forum ya dan bukan di blog..
Caranya senang sahaja...


1. Sila layari forum rasmi di http://aishahaf7.smfforfree.com/ . Kepada sesiapa yang belum mendaftarkan di forum cepat-cepatlah berbuat demikian.
2. Selepas mendaftar di forum, anda hanya perlu log in di forum dan terus ke kategori Aktiviti Aishah Fanz dan sila ke ruangan topik gathering untuk mendaftarkan nama anda secara terus
.

Sekian..terima kasih
Sebarang perubahan akan diberitahu kelak.

Seperti yang diberitahu dalam entry sebelum ini, vc Aishah berpoco-poco akan diuploadkan dalam blog ini untuk tatapan semua peminat-peminat Aishah yang berada di luar sana tak kiralah dekat atau jauh yang tidak berkesempatan menghadiri dan menyaksikan persembahan Aishah di Menara Kuala Lumpur .
Jom sama-sama kite tengok yaa...


Aishah - Poco Poco

Pada 6hb June 2009, Aishah telah membuat persembahan di Menara Kuala Lumpur iaitu salah satu mercu kebanggaan bandaraya dan juga tempat tumpuan pelancong yang melawat bandaraya.
Aishah membuat persembahan pada pukul kira-kira 12 tengahari dan menyampaikan 3 buah lagu iaitu Dan Sebenarnya, Molek dan Flora Cinta.
Yang menariknya persembahan Aishah turut melibatkan penonton yang hadir menyaksikan Aishah. Ada yang menari bersama..ada yang menyanyi bersama..jangan lupa saksikan 2 video clip di bawah .
Pada sesi petang juga Aishah juga terlibat mengadakan persembahan di venue yang sama.








Aishah AF7 - Dan Sebenarnya




Aishah AF7 - Molek



Apa yang menariknya Aishah juga terlibat dalam menari poco-poco bersama pengunjung Menara Kuala Lumpur
Nak lihat aksi Aishah berpoco-poco. ??
Nantikan next topic. Owkey dehh..

Untuk semua peminat-peminat Aishah yang tidak dapat menyaksikan Aishah ketika Aishah berada di Gempak Selebriti Astro yang berlangsung di Mid Valley Megamall pada 24hb Mei 2009 yang lepas jangan lupa saksikan video klip persembahan Aishah yang sempat admin record kan.
Aishah menyampaikan lagu yang sungguh memberi kesan dan makna yang mendalam buat kita semua. Kerana inilah lagu pertama yakni tugasan sulung buat Aishah sewaktu di Konsert Akademi Fantasia ke-7.
Hope korang semua enjoy..


Aishah AF7- Dan Sebenarnya (live)