meh borak2 ngan ecah. :D

Archives

Minggu ini agak berlainan sedikit dimana minggu ini pelajar-pelajar dikehendaki menyanyikan lagu-lagu dari 2 ikon industri muzik kita iaitu Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza.
Bagi Aishah sendiri khususnya, tugasan buat beliau agak mencabar sedikit kerana kita mengetahui di mana semua pelajar wanita dikehendaki menyanyikan lagu-lagu lelaki yakni dari Amy Search sendiri.
Aishah mendapat lagu Mentari Merah DI Ufuk Timur.Walaupun tugasan minggu ini agak mencabar buat Aishah, sama sama kita berharap agar Aishah dapat membuat yang terbaik khas untuk semua peminat-peminatnya yang tidak putus-putus memberikan sokongan buatnya.
Kita hayati bait-bait lirik yang membawa seribu pengertian buat kita semua. Kepada peminat-peminat Aishah di luar sana teruskan melayari menyokong Aishah dengan menghantar undian AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999.


Mentari Merah Di Ufuk Timur



Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali



Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi



Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku



Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...( 3x... 6x... )



Selesai sudah persembahan Aishah pada hujung minggu lalu yang menyaksikan 2 orang pelajar Obri dan Rini tersingkir dari meneruskan pembelajaran di Akademi.
Membawakan lagu dari NoorKumalasari berjudul Mata, secara keseluruhannya persembahan Aishah tidak begitu menyerlah pada minggu ini dalam memikat hati barisan pengkritik tidak seperti minggu-minggu yang sudah.
Walau apa-apa pun, kami berharap agar segala pandangan dan kritikan yang diterima oleh Aishah akan memberikan satu motivasi buat Aishah dan menerimanya secara positif dalam usahanya untuk terus melakukan yang terbaik pada konsert-konsert akan datang kelak.
Untuk menyaksikan persembahan Aishah pada Konsert ke-3,sila layari klip video seperti yang terpampang di atas dan jutaan credit buat emeraldL01.

AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999