meh borak2 ngan ecah. :D

Archives

PEMANGKIN

Seperti biasa bila mentari eletrik di bilik kami telah bertamu kami masing-masing siram membasahi diri. Setelah selesai solat Subuh, Aishah dan rakan-rakan bersiap dan pergi ke Akademi.

Kelas awal yang dimulakan dengan Cikgu Syafie dan Cikgu Siti Hajar. Sebagai insan pertama yang menyanyi Aishah mendapat teguran yang amat memberangsangkan. Sambungan kelas ditangguh kerana ada perjumpaan dengan principal. Betapa bertuahnya kami kerana kami sentiasa diberi motivasi dan pemangkin agar sentiasa berusaha.

Tiba waktu kelas Miss Absolutely Gorgeous Aida dan kami masing-masing menceritakan maksud lagu serta memahami emosinya. Kelas kami bersama beliau diakhiri dengan menjiwai watak serta situasi yang diberikan. Amat seronok pelajaran hari ini!

Yang terakhir sudah tentu kelas menari bersama Cikgu Aris. Kami di suruh agar merancang sendiri pergerakan yang akan dibuat semasa persembahan. Seterusnya kami teruskan dengan tarian Menuju Puncak.

Maka kami akhiri kelas sebelum 9 malam.

Seperti biasa kami bangun waktu subuh tapi kali ini tiada yang kejutkan kami orang dengan panggilan “Room Service!” He he.

Setelah bersiap, kami menunggu untuk seketika sebelum masuk ke Akademi. Semua di antara kami berasa teruja untuk mengetahui siapa pengetua AF7 tahun ini.

Tiba-tiba masuk seorang insan yang berpakaian serba hitam, berkasut tumit tinggi hitam dan bercermin mata hitam.

Kami terkejut dan amat gembira setelah mengetahui yang orang itu Datin Seri Tiara Jaclyn.

Aishah akui aura yang dia bawa amat kuat dan berpengaruh. Dia selepas itu menerangkan segala matlamat, misi dan visi yang turut menjadi harapan kami semua. Selepas itu kami mendapat tugasan yang pertama. Saya telah diberikan lagu permintaan Dan Sebenarnya dari Yuna.

Hari ini amat menyeronokkan kerana kami dapat terus belajar dengan Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Syafie.

Setelah itu, kami belajar menari tarian Menuju Puncak.

Akhir sekali, kami makan malam bersama dan balik ke bilik masing-masing.


Sumber > Click Here

Bismillahirahmanirahim

Hari ini hari 1st kitorang sampai ke akademi. Awal pagi kitorang dah bersiap lengkap dengan pakaian baju kurung, bertudung dan bagi lelaki berpakaian lengkap baju melayu serta samping. Kitorang bertolak dari hotel dalam pukul 12.

Setelah sampai, kami disambut dengan baik oleh pihak Astro. Seterusnya kami berhibur dengan kumpulan Rabbani dan Mawi sempena Maulidur Rasul. Kami turut diberi motivasi atau ceramah dari Ustaz Kahil Hayy.

Kemudian, kami makan bersama. Selepas itu, kami menjalani sesi membaca dan mendengar surat dari rakan2 yang terkeluar. Kami pergi melawat dan menjelajahi seluruh akademi. Akhir sekali kami minum petang sebelum pulang ke hostel perempuan.


Sumber > Click Here