meh borak2 ngan ecah. :D

Archives

Pada 27hb September, 2009 bersamaan dengan 8 Syawal 1430H, bertempat di rumah no. 196, Jalan Laruh, 93400, Kuching, Aishah telah mengadakan majlis rumah terbuka hari raya dan majlis doa selamat. Majlis berkenaan tidak dapat dilakukan diawal-awal Syawal disebabkan Aishah demam, dan juga Aishah telah pergi ke Mukah untuk memenuhi undangan untuk menyanyi.

Jadi, kepada peminat-peminat Aishah, enjoy the pics ya.

All photos are by Mona :

** Warning, to whom it may concern, any editing are prohibited. Credit to photos owner please..**

























Baru baru ni Aishah menyertai Yok Sahur 2 anjuran portal hiburan terkini murai.com.my. Lokasi untuk sesi ke-3 pada musim kedua ini telah diadakan di Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah. Selain Aishah, rakan-rakan artis seperti Isma, Faizal Tahir, Rini, Ahli Fiqir, Nubhan, Adila, Qhaud, Dr Fazley, Saida, Riz, Chaq Mentor dan ramai lagi turut sama hadir memeriahkan Yok Sahur ini.
Sebelum bersahur bersama, Aishah dan rakan-rakan artis yang lain telah ditugaskan untuk mengejutkan penghuni rumah anak yatim tersebut dari tidur. Macam-macam aktiviti yang diadakan antaranya games bersama penghuni rumah anak yatim dan juga persembahan nyanyian . Penutup Yok Sahur 2 diakhiri dengan nyanyian lagu raya beramai-ramai. Jangan lupa tonton dalam video klip di bawah.




Pose khas dari Aishah untuk semua peminat.





Penutup Yok Sahur Murai sesi ke-3. Aishah dan rakan-rakan artis serta anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah menyanyikan lagu raya.





Ucapan Raya dari Aishah untuk semua peminat




p/s : pic2 akan diupdate kemudian

Marhaban Astro 2009 menutup tirainya pada 5 & 6 Sept di lokasi terakhir bertempat di Jusco Bukit Tinggi, Klang. Berikut beberapa keping gambar Aishah ketika membuat persembahan pada 5 Sept iaitu pada hari Sabtu. Tak lupa juga dua video klip dari Aishah. Pertamanya ketika Aishah menyampaikan lagu Di Taman Teman dan keduanya ketika Aishah bersama artis-artis Marhaban Astro yang lain menyanyikan secara medley lagu-lagu raya.










Aishah - Di Taman Teman


Aishah & Artis2 Marhaban Astro - Medley Lagu Raya


Credit pic to portal hiburan terkini di http://www.murai.com.my


Untuk semua peminat-peminat Aishah yang ingin menghantar kad raya kepada Aishah bolehlah menghantarkannya ke alamat seperti di bawah ini.

Siti Aishah Bt Bujang
No 196, Jln Laruh,
Kg Muda Hashim,
93400 Kuching
Sarawak


Selamat menjalani ibadah puasa buat semua peminat-peminat Aishah di luar sana dan teruskan sokongan anda untuk Aishah dalam bidang seni.