meh borak2 ngan ecah. :D

Archives

Jumaat
12 Mac 2009

Hari ini Aishah dan rakan-rakan yang lain membuat persembahan di hadapan Cikgu Shafie dan Cikgu Siti Hajar. Tambahan lagi Cikgu Acis turut bersama-sama menyaksikan untuk memastikan susunan lagu yang telah diatur betul-betul sesuai dengan kami.

Banyak perkara yang Aishah perlu baiki tetapi bagi para tenaga pengajar, kami semua telah berusaha dan mencuba untuk membaiki kekurangan.

Hari ini juga dengan tidak disangka-sangka bahawasanya keputusan SPM telah diperoleh. Aishah amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana rezeki yang Dia berikan selama ini. Aishah sedar akan usaha Aishah lakukan telahpun membuahkan hasil.

Sebelah malam pula, kami mengadakan sound check di lokasi konsert bakal diadakan. Aishah disarankan agar lebih mengeluarkan suara memandangkan nada lagu yang agak rendah serta muzik lagu Aishah yang agak menenggelamkan suara.

Selain itu, Aishah juga diminta agar jangan was-was di atas pentas. Aishah berjanji pada diri akan sentiasa berani dan lincah di pentas.

Rabu
11 Mac 2009

Di awal pagi, Aishah ok dan agak happy mengikuti kelas-kelas yang dijalankan. Tapi setelah tibanya waktu petang, Aishah agak lemah dan risau tak tentu hala. Mungkin terkenang dengan keluarga dan mungkin Aishah juga risau tentang minggu pertama ini rasa macam tak ada kemajuan diri. Tetapi adik-beradik Aishah dalam Akademi ini sangat baik hati, mengambil berat dan bertanggung jawab

Mereka semua membantu Aishah meluahkan perasaan serta memberi nasihat agar tidak menyerah kalah. Aishah sangat berterima kasih kepada mereka.

Salah satu daripada yang menarik berlaku hari ini ialah perjumpaan bersama principal sebelum ‘lunch’. Kita berbincang bersama-sama mengenai stail yang kami inginkan dan beliau cuba untuk menerapkan stail tersebut dalam pemakaian seharian kami. Kami semua amat tidak sabar untuk ditransformasikan!!!