Archives
Konsert ke-6 - Segitiga
4 comments Posted by Aishah AF7 at 7:57 PM Labels: Aishah di Konsert Mingguan AF7Daripada persembahan pertamanya di pentas Akademi Fantasia 7 dengan Dan Sebenarnya, kini sedar tak sedar Aishah sudah menjangkau ke konsert mingguan yang ke-6 dengan mempersembahkan lagu Segitiga dengan gabungan bersama band yang didatangkan khas dari Indonesia iaitu Cokelat.
Terima kasih buat semua peminat-peminat Aishah yang terus memberikan sokongan buat diri Aishah hingga kini .Perlu diingat juga masih banyak lagi yang perlu ditempuhi oleh Aishah untuk minggu-minggu seterusnya . Besarlah harapan kita semua untuk melihat Aishah menjejakkan kaki ke pentas Final Akademi Fantasia. Teruskan sokongan anda
Berbalik kepada persembahan Aishah pada Konsert ke-6, Aishah berjaya menghiburkan semua penonton. Kita boleh lihat di sini dimana Aishah terus konsisten dalam membawakan semua lagu tugasan yang diberi sejak dari minggu pertama lagi. Penghayatan dan kawalan vokal Aishah menampakkan kemajuan dari minggu ke minggu. Terdapat banyak ulasan dan komen yang mengatakan pakaian Aishah tidak sesuai pada malam tersebut. Pada pendapat peribadi kami, pakaian tersebut bersesuaian dengan imej Aishah sebagai seorang remaja yang baru berusia 18 tahun tetapi untuk digayakan pada malam tersebut, ia dilihat tidak bersesuaian dan tidak tepat dengan konsep lagu yang dibawakan oleh Aishah iaitu more to rock.
Aishah dilihat kelihatan terkawal dengan imej sebegini dan tidak begitu free untuk menguasai seluruh pentas.
Apa-apa pun secara keseluruhannya, persembahan Aishah wajar dipuji.
Owkey Deh....




Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:
ISMA - 28%
HAFIZ – 19%
YAZID - 13%
CLAUDIA - 11%
ARIL - 10%
AISHAH - 8%
AKIM - 8%
QHAUD - 4%
Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:
HAFIZ - 20%
ISMA - 19%
AKIM – 11%
ARIL – 11%
YAZID – 10%
CLAUDIA - 10%
AISHAH – 10%
QHAUD - 9%
Teruskan mulai sekarang gerak gempur AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999.