meh borak2 ngan ecah. :D

Archives

Baru baru ni Aishah menyertai Yok Sahur 2 anjuran portal hiburan terkini murai.com.my. Lokasi untuk sesi ke-3 pada musim kedua ini telah diadakan di Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah. Selain Aishah, rakan-rakan artis seperti Isma, Faizal Tahir, Rini, Ahli Fiqir, Nubhan, Adila, Qhaud, Dr Fazley, Saida, Riz, Chaq Mentor dan ramai lagi turut sama hadir memeriahkan Yok Sahur ini.
Sebelum bersahur bersama, Aishah dan rakan-rakan artis yang lain telah ditugaskan untuk mengejutkan penghuni rumah anak yatim tersebut dari tidur. Macam-macam aktiviti yang diadakan antaranya games bersama penghuni rumah anak yatim dan juga persembahan nyanyian . Penutup Yok Sahur 2 diakhiri dengan nyanyian lagu raya beramai-ramai. Jangan lupa tonton dalam video klip di bawah.




Pose khas dari Aishah untuk semua peminat.





Penutup Yok Sahur Murai sesi ke-3. Aishah dan rakan-rakan artis serta anak-anak yatim dari Rumah Anak Yatim Baitul Hidayah menyanyikan lagu raya.





Ucapan Raya dari Aishah untuk semua peminat




p/s : pic2 akan diupdate kemudian