meh borak2 ngan ecah. :D

Archives

Sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Aishah akan terlibat untuk program Marhaban di Astro yang akan menjelajah ke 4 lokasi di Batu Pahat, Penang, Kuantan dan Klang.
Bagi peminat-peminat Aishah yang berhampiran, marilah turun beramai-ramai menyaksikan persembahan Aishah bersama rakan-rakan daripada musim akademi fantasia yang terdahulu.Selain menyanyikan lagu secara berkumpulan, Aishah juga akan mempersembahkan 2 buah lagu solo iaitu lagu Ku Mohon dendangan asal dari Sheila Majid dan lagu Di Taman Teman dendangan asal dari Siti Nurhaliza.




Aishah @ Marhaban Astro di Batu Pahat Mall
pic credit to : Gempak Astro Facebook

Lokasi-lokasi Marhaban Astro 2009
1) 15 - 16 Ogos 09 @ Batu Pahat Mall, Johor
2) 22 - 23 Ogos 09 @ Sunway Carnival Mall, Penang
3) 29 - 30 Ogos 09 @ Berjaya Mega Mall Kuantan, Pahang
4) 5 - 6 September 09 @ Jusco Bukit Tinggi Klang, Selangor

untuk maklumat lanjut jangan lupa melayari http://marhabandiastro.com/2009/