meh borak2 ngan ecah. :D

Archives

Antara gambar-gambar menarik Aishah bersama artis-artis Marhaban Astro di lokasi kedua bertempat di Sunway Carnival Mall, Penang





pic credit to : Gempak Astro Facebook


Sempena bulan Ramadhan pada tahun ini, Aishah akan terlibat untuk program Marhaban di Astro yang akan menjelajah ke 4 lokasi di Batu Pahat, Penang, Kuantan dan Klang.
Bagi peminat-peminat Aishah yang berhampiran, marilah turun beramai-ramai menyaksikan persembahan Aishah bersama rakan-rakan daripada musim akademi fantasia yang terdahulu.Selain menyanyikan lagu secara berkumpulan, Aishah juga akan mempersembahkan 2 buah lagu solo iaitu lagu Ku Mohon dendangan asal dari Sheila Majid dan lagu Di Taman Teman dendangan asal dari Siti Nurhaliza.




Aishah @ Marhaban Astro di Batu Pahat Mall
pic credit to : Gempak Astro Facebook

Lokasi-lokasi Marhaban Astro 2009
1) 15 - 16 Ogos 09 @ Batu Pahat Mall, Johor
2) 22 - 23 Ogos 09 @ Sunway Carnival Mall, Penang
3) 29 - 30 Ogos 09 @ Berjaya Mega Mall Kuantan, Pahang
4) 5 - 6 September 09 @ Jusco Bukit Tinggi Klang, Selangor

untuk maklumat lanjut jangan lupa melayari http://marhabandiastro.com/2009/


Aishah @ RadiOpera

Hot FM RadiOpera kini kembali lagi, membariskan artis artis seperti Aishah AF7, Nadia AF6, Farah AF2, Tam, Gambit dan penyampai penyampai HotFM. Kisah tentang persahabatan, percintaan, pergolakan dan kasih sayang. Dengarkan mulai 24 Ogos, Isnin hingga Jumaat jam 8.40 pagi dan ulangannya pada pukul 3.40petang. Dibawakan oleh Astro......Langganilah Astro untuk menonton program program istimewa Ramadan dan Syawal ini.....macam macam ada!






pic credit to : Gempak Astro Facebook



sumber www.hotfm.com.my:
Sekali lagi di Hot FM….kami memberikan anda drama mengisahkan kehidupan, percintaan dan pergolakan keluarga. Membariskan artis-artis terkenal seperti Farah Diana, Aishah, Nadia, Tam, Gambit juga penyampai-penyampai HOT FM! Ikuti 20 episod RADIOPERA ini…

Mulai 24 Ogos, dari Isnin hingga Jumaat…jam 8.40 pagi dan ulangan pada pukul 3.40 petang.
Macam-macam Cinta (Bukan Sequel)
Watak-watak:

Azlan@Ikhwan
Jejaka tampan dan bijak. Dari keluarga miskin. Rajin dan baik hati.

Intan@Aishah
Gadis cantik yang peramah dan happy-go-lucky. Jatuh cinta pada Azlan tetapi buat-buat benci untuk melindungi perasaan sebenar.

Fina@Nadia
Teman baik Intan yang hanya ingin mempergunakan apa yang Intan miliki. Gedik dan suka membuat cerita.

Razif@Gambit
Adik Intan yang nakal. Mudah terpengaruh dengan rakan serta sering dimanjakan keluarga.

Azni@Leya
Kakak kepada Azlan yang terpaksa mengorbankan cita-cita untuk menjaga Azlan. Berkahwin pada usia yang muda dan rasa tidak bahagia dengan kehidupannya.

Ehsan@AG
Suami kepada Azni yang kelakar dan sentiasa melihat kehidupan melalui sudut yang positif.

Cik Rini@Farah Diana
Tuanpunya restoran tempat Azlan bekerja. Baik hati dan pemurah. Sering membantu Azlan.

Datin Azizah@Tini
Ibu kepada Intan yang menyukai Azlan. Sering memanjakan Razif tetapi akhirnya tegas untuk kebaikan Razif

Zizi@Tam
Lelaki metrosexual, kawan kepada Intan and Fina

Ruby@Anne
Watak gadis tomboy yang turut menaruh hati kepada Azlan. Akhirnya berubah menjadi gadis lemah lembut kerana Azlan.

Johan@Kieran
Kawan kepada Razif.

Narrator/Polis@Faizal Ismail

Fara@Fara Fauzana
Kawan kolej Azlan

Zura@Azura
Kawan kolej Azlan


Jatuhan Pin Aishah..hebat yer...hihi





Aishah & Isma - Dan Sebenarnya

Pada 9 Ogos yang lalu, Aishah berkesempatan bermain boling mewakili pasukan AishahFC di kejohanan Isma HotMama Boling Tournament yang diadakan di U-Bowl, One Utama, Damansara. Kejohanan yang dianjurkan oleh IsmaFC ini mendapat sambutan hangat apabila banyak kelab-kelab peminat menyertainya terutamanya kelab peminat bintang-bintang AF.
Antara kelab-kelab peminat yang menyertainya adalah dari kelab peminat Nubhan, Shawal, Saida dan ramai lagi. Beberapa bintang AF7 juga turut turun padang bagi memeriahkan lagi tournament boling ini.


Hebat juga Aishah bermain boling. Owkey Dehh!!


Team AishahFC bergambar bersama Isma


Aishah


Isma mengajak Aishah menyanyi bersama-sama


Aishah


Isma dan Aishah


Isma dan Aishah


Dan Sebenarnya dinyanyikan bersama-sama


Isma, Zizi, Aishah, Yazid, Zul (suami isma) dan Obri


Isma, Zizi, Yazid, Aishah, Zul(suami isma) dan Obri

9 pic :credit to razmankl.thanks

Kejohanan boling itu turut menampilan persembahan dari Isma dan Tomok. Yang menariknya ketika Isma menyanyikan lagu Dan Sebenarnya, Aishah turut dipanggil mengadakan persembahan bersama-sama. Penganjur juga menyediakan hadiah buat 10 pasukan teratas, hadiah buat raja longkang dan ratu longkang. Tidak ketinggalan cabutan bertuah juga turut diadakan.

Terima kasih buat penganjur IsmaFC yang memberi peluang buat semua kelab peminat berkumpul dan bermain boling bersama-sama.
Jangan lupa pada bulan ramadhan ini, Aishah akan turut serta bersama Marhaban Astro menjelajah ke 4 lokasi seluruh Malaysia.
Teruskan menyokong Aishah.. Owkey Deh...!!!

Aishah FC akan menyertai "ISMA HOT MAMA BOWLING TOURNAMENT" anjuran Isma FC pada masa dan tempat yang telah ditetapkan seperti di bawah ini. Jom ramai-ramai sokong pasukan boling Aishah FC. Jumpa di sana yaaa..

Tempat : U-Bowl, One Utama Shopping Centre, Damansara
Tarikh : 9 August 2009 (Ahad)
Masa : 10.00 AM

Part 2
ok..lagi pic-pic Aishah di Konsert Reunion yang lepas..hope u all enjoy...