meh borak2 ngan ecah. :D

Archives

Aishah dapat lagu mata dari noor kumalasari.. sementara aku uploadkan lagu dia utk korang layan, aku letak dlo lirik dia ekk..

Owkey deh!!

Mata - Noor Kumalasari


Mata memandang
Mata memikat
Matalah puncanya

Mata menjeling
Mata menggoda
Matalah asalnya

Dari mata ia datang
Barulah ke hati
Dari matalah oh sayang
Mengasyikkan hati

Oh mata memandangku
Membuat ku tersipu
Mata menggoncangkan hatiku


Selasa, 17 Mac 2009

Pagi Selasa yang indah ini menguatkan semangat Aishah untuk berjuang mencapai matlamat. Setiap hari memang memenatkan tetapi berbaloi dan Aishah enjoy!! Hari ini kami mengukur berat badan masing-masing dan seperti biasa Aishah adalah yang paling ringan
Setelah sarapan bersama, kami mengalami kelas tarian namun kelas kami terhenti seketika kerana terdapat aduan mengenal konflik antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki. Cikgu Aris dan Cikgu Shafie cuba menyelesaikannya dan setelah itu keadaan kembali pulih
Pada sebelah petang pula, kami didatangi oleh antara pelakon yang saya hormati – Sharifah Amani dan rakan sekerja bagi filem Sayang U Can Dance. Kami masing-masing mendapat cenderamata serta ilmu yang berguna dari mereka

Setelah minum petang, selepas kelas Misss Ida gorgeous kami mula semula dengan Cikgu Siti Hajar untuk tugasan lagu. Kemudian, kami sambung dengan kelas Cikgu Aris lagi sekali untuk mendapatkan persediaan tarian yang mantap.


Rabu
18 Mac 2009

Pagi ini sangant indah dan tenang… sebabnya kami dalam akademi sahaja hahaha! Tapi hari ini semua nampak bersemangat, ceria dan gembira. Selepas kejadian yang kelmarin, kami menjadi lebih bersifat terbuka, akrab dan lebih selesa. Ternyata kejadian yang berlaku membawa hikmah besar dalam kehidupan kami.

Setelah bersarapan, kami bergilir-gilir menyampaikan nyanyian kepada Cikgu shafie dan kemudiannya kepada Cikgu Siti Hajar. Banyak yang Aishah dan rakan-rakan dapat baiki dalam nyanyian.

Di sebelah petang, kami menyampaikan tugasan untuk pemeriksaan oleh Cikgu Aris sebagai guru persembahan. Aishah telah melakukan yang telah dirancang dengan lancar. Cikgu Aris turut menambah sedikit sebanyak idea yang bernas untuk membantu persembahan Aishah lebih baik.

Hari ini kami turut didatangi Joe, wartawan yang popular di M’sia. Beliau telah banyak membantu kami serta menghulurkan ilmu dan tips-tips yang berguna untuk kami ketika berhadapan dengan media nanti.

Kesimpulannya, hari ini hari yang indah bagi kami semua. Alhamdulillah…

Ahad
15 Mac 2009

Hari ini kitaorang bangun lewat hehe!! Selepas malam yang indah semalam, kami berasa lega kerana tiada penyingkiran dan kami dapat tidur bersama lagi.

Kami meluangkan masa bersama Cikgu Fatimah bermain permainan minda. Setelah itu, kami melakukan sesi luahan hati yang amat menyeronokkan!!! Akhirnya kami dapat mengenali rakan-rakan seperjuangan dengan lebih teliti dan sesi itu turut membantu Aishah untuk lebih selesa berkomunikasi dalam akademi.

Aishah agak terlalu kenyang kerana kami asyik makan sahaja…tapi takpe…asal kitaorang epi!!!



Isnin
16 Mac 2009

Hari ini kami menjalani sesi penilaian persembahan ketika konsert bersama tenaga-tenaga pengajar. Alhamdulillah kesemua kami semakin diberi dorongn dan semangat untuk terus meningkatkan prestasi. Aishah hari ini telah mendapat tugasan iaitu lagu medley Cuba-Faizal Tahir & Gila-Mila.

Di sebelah petang, kami membuat aktiviti untuk cuba menggunakan emosi dalam melafazkan abjad dengan pasangan masing-masing. Dalam kelas vokal Aishah mesti banyak meningkatkan prestasi kerana ia sangat penting!

Setelah itu, kami membuat tarian serta koreografi baru untuk lagu Menuju Puncak bersama Cikgu Aris. Kami sangat teruja dan gembira kerana tarian yang diberikan amat menarik!! Biarpun penat kami tetap teruskan dengan Semangat kental. Pada malamnya kami makan bersama sebelum pulang.

Jumaat
13 Mac 2009

Hari ini kami bertolak ke dewan setelah waktu solat Jumaat. Kami mulakan dengan latihan bermula dari pembukaan dan diakhiri dengan penutupan. Aishah merasakan ada perubahan dari segi persembahan setelah diberikan panduan yang bernas dari Cikgu Aris dan rakan-rakan. Kesemua pelajar AF7 telah diberikan panduan yang bernas dari Cikgu Aris dan Rakan-rakan. Kesemua pelajar AF7 telah diberikan sedikit motivasi dari pengacara iaitu AC Mizal mengenai perkara yang harus dilakukan ketika berada di pentas.

Di sebelah malam pula, kami semua telah disuaipadankan dengan pakaian yang telah ditetapkan serta disolek sebelum raptai penuh bermula, Setelah selesai ‘camera check’ kami pun bermula dengan penuh semangat. Semua di antara kami pada malam ini amat bersungguh-sungguh dan merupakan yang terbaik pernah berlangsung untuk konsert minggu pertama. Principal Tiara turut hadir untuk memantau serta memberi sokongan kami.




Sabtu
14 Mac 2009

Seperti semalam, kami berangkat dari akademi setelah waktu tengahari dan kami makan tengahari di lokasi tersebut. Untuk persediaan terakhir, kami melakukan pembukaan untuk memastikan perjalanan konsert malam nanti berjalan lancar.

Setelah selesai bersolek dan bersiap, kami menjalani sesi fotografi. Kemudian perkara sebelum ke pentas ialah kami semua bersama-sama Principal dan Cikgu Aris melakukan sedikit warm up untuk mengembalikan tahap darah normal dan tidak gemuruh. Aishhah berasa amat selesa dan lega sekali. Seperti biasa, ada sesi membaca doa untuk memohon keberkatan dan kelancaran program yang bakal berlangsung.

Semuanya berjalan lancar dan kami amat teruja setelah melihat para penonton yang ramai dan bersorak ceria. Aishah mala mini amat gembira kerana komen serta kritikan yang diberikan oleh juri amat memberansangkan terutama sekali untuk minggu pertama. Secara keseluruhannya, kami mendapat kepujian antara AF yang terbaik sekali. Alhamdulillah!!!