meh borak2 ngan ecah. :D

Archives

Lagu Tugasan Minggu ke-8 menjanjikan satu tugas yang berat buat Aishah kerana bukan sahaja Aishah diperlukan menyanyi malahan elemen lakonan turut diselitkan. Bertemakan lagu-lagu dari teater muzikal, minggu ini Aishah akan mempersembahkan semuanya dalam serba satu . Lagu tugasan konsert mingguan ke-8 untuk Aishah berjudul Slot Akasia iaitu lagu tema daripada teater Impak Maksima The Musical.




credit to : metamobile



Teruskan menghantar undian anda kepada Aishah. Lagi 2 minggu sahaja lagi sebelum menjelangnya konsert final akademi fantasia 7. Jangan berasa selesa jika anda mendapati kedudukan Aishah berasa dalam kedudukan selamat. Teruskan mengundi kerana kita sendiri tidak tahu kemungkinan yang bakal berlaku. Akademi Fantasia penuh dengan kejutan dan drama. Undilah sebelum terlambat dengan cara seperti di bawah.

AFUNDI3 AISHAH ( 3 undian )
AFUNDI5 AISHAH ( 5 undian )
AFUNDI10 AISHAH ( 10 undian )
dan hantar ke 32999

Ingin memiliki T-Shirt Aishah AF7 Fan Club seperti yang tertera di bawah?




KALAU NAK , HUBUNGI KE NOMBOR DI BAWAH DAN SILA BUAT TEMPAHAN . BERIKAN SIZE ANDA & PADA HARI SABTU BOLEH MENGAMBIL BAJU TERSEBUT DI BUKIT JALIL .

TASYA : 0129170249 / 0168759713

PN.RABIAH : 0192186223

EFFA : 0128914456

AZZAH : 0128551911

YANG BENAR ,
FAMILY AISHAH ..


pic credit to : www.klubbkidd.com

Debaran makin terasa
Kehangatan transformasi Akademi Fantasia 7 kini hampir ke penghujung
Sekalung tahniah buat Aishah kerana berjaya mengekalkan kedudukannya di dalam Akademi hingga kini. Pentas final Akademi Fantasia semakin menghampiri diri Aishah sendiri
Konsert ke-7 menyaksikan Aishah membawakan lagu Flora Cinta dengan sedikit diubah arrangement muziknya. Walaupun kesemua pelajar perempuan yang masih tinggal dikatakan agak tenggelam pada minggu ini, namun diharap semua pandangan dan kritikan yang telah diberikan oleh juri profesional pada malam Konsert ke-7 diharap sedikit sebanyak dapat membantu Aishah dalam memperbaiki mutu persembahahnnya dan seterusnya menjadi yang terbaik di kalangan terbaik.
Mengejutkan..!!
Penyingkiran Aril memang sesuatu yang di luar jangkaan pada malam Konsert ke-7 tersebut.
Oleh itu kepada semua peminat-peminat Aishah di luar sana jangan terlalu leka jika anda merasakan undian Aishah sudah berada di kedudukan yang selesa.
Teruskan menghantar undian anda kepada Aishah.
Type AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999











Flora Cinta - Aishah
video credit to : tarzankota2


Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:

ISMA - 24%
YAZID - 19%
HAFIZ - 14%
ARIL - 12%
AKIM - 11%
CLAUDIA - 10%
AISHAH - 10%


Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:

HAFIZ - 17%
ISMA - 17%
AISHAH - 15%
YAZID - 15%
AKIM - 14%
CLAUDIA - 11%
ARIL - 11%

Pada minggu ini, Aishah mendapat lagu yang pernah dipopularkan oleh Min Malik pada satu ketika dahulu. Mungkin ada di antara anda yang pernah mendengar lagu ini. Melodinya cukup indah dan sesuai dengan kelunakan vokal Aishah sendiri.
Kini tinggal 3 orang sahaja pelajar perempuan yang masih tinggal di dalam Akademi Fantasia.
Isma, Claudia dan Aishah sendiri. Teruskan sokongan anda dengan menghantar undian kepada Aishah. Type AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999.
Ayuh...lagi 3 minggu sahaja lagi menjelang Konsert Final. Teruskan menghantar undian sebelum terlewat. Owkey dehh..


Lirik Lagu Flora Cinta yang bakal dibawakan oleh Aishah pada konsert ke-7 minggu ini


Flora Cinta

Benarkah ini ujian lagi
Beombak cuma rasa gundah
Dari sanubari

Tidak percaya pada sengketa
Bisa merubah perjalanan
Yang baru bermula

Biarkan... mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu

( korus )
Setelah hujan pun berhenti
Flora cintaku pun bersemi
Menjadi pepohon tegak merimbun
Bayang kasihmu oh !...

Sempadan cinta pun terbuka
Flora cintaku pun berbunga
Menjadi haruman wangian cinta
Selama-lama...

Andai ada jodoh kita
Tak akan ke mana-mana
Pastikan sempurna harapan bersama

Sempadan kasih bertemu sudah
Takkan merubah perjalanan yang baru bermula
Biarkan mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu ( 2X )

Daripada persembahan pertamanya di pentas Akademi Fantasia 7 dengan Dan Sebenarnya, kini sedar tak sedar Aishah sudah menjangkau ke konsert mingguan yang ke-6 dengan mempersembahkan lagu Segitiga dengan gabungan bersama band yang didatangkan khas dari Indonesia iaitu Cokelat.
Terima kasih buat semua peminat-peminat Aishah yang terus memberikan sokongan buat diri Aishah hingga kini .Perlu diingat juga masih banyak lagi yang perlu ditempuhi oleh Aishah untuk minggu-minggu seterusnya . Besarlah harapan kita semua untuk melihat Aishah menjejakkan kaki ke pentas Final Akademi Fantasia. Teruskan sokongan anda
Berbalik kepada persembahan Aishah pada Konsert ke-6, Aishah berjaya menghiburkan semua penonton. Kita boleh lihat di sini dimana Aishah terus konsisten dalam membawakan semua lagu tugasan yang diberi sejak dari minggu pertama lagi. Penghayatan dan kawalan vokal Aishah menampakkan kemajuan dari minggu ke minggu. Terdapat banyak ulasan dan komen yang mengatakan pakaian Aishah tidak sesuai pada malam tersebut. Pada pendapat peribadi kami, pakaian tersebut bersesuaian dengan imej Aishah sebagai seorang remaja yang baru berusia 18 tahun tetapi untuk digayakan pada malam tersebut, ia dilihat tidak bersesuaian dan tidak tepat dengan konsep lagu yang dibawakan oleh Aishah iaitu more to rock.
Aishah dilihat kelihatan terkawal dengan imej sebegini dan tidak begitu free untuk menguasai seluruh pentas.
Apa-apa pun secara keseluruhannya, persembahan Aishah wajar dipuji.
Owkey Deh....



AFUNDI AISHAH

Family dan sanak saudara Aishah yang hadir ke Dewan Seri Putra untuk memberikan sokongan padu buat Aishah juga tidak ketinggalan mengabadikan kenangan bergambar bersama beberapa wakil dari kelab peminat Aishah. Layari forum Aishah seperti yang tertera di blog ini jika ingin mengetahui info dan berkenalan dengan peminat-peminat Aishah yang lain.






Segitiga - Aishah & Cokelat
video credit to : Videokualalumpur

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:
ISMA - 28%
HAFIZ – 19%
YAZID - 13%
CLAUDIA - 11%
ARIL - 10%
AISHAH - 8%
AKIM - 8%
QHAUD - 4%

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:
HAFIZ - 20%
ISMA - 19%
AKIM – 11%
ARIL – 11%
YAZID – 10%
CLAUDIA - 10%
AISHAH – 10%
QHAUD - 9%


Teruskan mulai sekarang gerak gempur AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999.

Konsert ke-6 Akademi Fantasia pastinya menjanjikan satu persembahan live band yang hebat apabila setiap pelajar diberikan lagu yang dipopularkan oleh band seperti Lefthanded.
Aishah mendapat lagu tugasan yang berjudul Segitiga yang, lagu asal dendangan Cokelat satu nama kumpulan yang cukup gah di Indonesia dan pernah menjejakkan kaki ke Malaysia.
Jangan lupa menonton Diari Akademi Fantasia untuk mengetahui kehidupan seharian Aishah di dalam Akademi dan pastinya kita semua mengharapkan Aishah dapat membuat satu persembahan yang bakal meninggalkan satu kenangan buat kita semua pada Konsert ke-6 ini.
Kepada semua peminat-peminat Aishah jangan lupa terus memberikan sokongan buat Aishah dan jika berkesempatan datanglah menyaksikan Konsert Akademi Fantasia 7 yang dibawakan secara langsung dari Dewan Seri Putra, Bkt Jalil. Pada yang tidak berkesempatan jangan lupa melekat di kaca televisyen anda pada hari sabtu ini.
AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999





Lirik Lagu Segitiga - Cokelat

Artist: Cokelat
Hati... meratap perih
Tersiksa sepi... jangan kau pergi
Bila... untuk bersama
Tiada jalannya... 'tuk tetap setia
Lelah kujelang, malamku gelap sepi
Bintang pun enggan, temani disini

Kubertahan, walau tiada kau akhiri
Segitiga diantara kita
Hanya 'tuk berdusta dan kulelah
Diantara segitiga ini

Kita... lama tak jumpa...
Kau telah berdua... ku tak berdaya
Mungkin kau tak peduli
Aku disini... terluka hati
Lelah kujelang, malamku gelap sepi
Lama kunanti, kau tetapkan hati





Pada sesiapa yang belum mendengar lagu Segitiga ini layarilah video klip di bawah dan tunggu persembahan yang bakal disajikan oleh Aishah pada minggu ini. Keep on voting ......
AFUNDI AISHAH

Akademi Fantasia Musim ke-7 kini sudah sampai ke pertengahan perjalanan dalam menobatkan seorang juara yang bakal sebaris dengan Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila dan Stacy.
Aishah membawakan lagu duet Dua Hati Menjadi Satu, lagu asal dendangan Dafi dan Gita Gutawa.
Kita telah melayari Diari Akademi Fantasia sepanjang minggu lalu yang menunjukkan pasangan duet Aishah adalah Juara Akademi Fantasia musim pertama iaitu Vince namun ia hanyalah satu kejutan semata-mata dimana ketika permulaan persembahan Aishah menyaksikan Aliff Aziz tampil di atas pentas sebagai pasangan duet Aishah.
Aliff Aziz adalah penyanyi yang berasal dari Singapura dan popular dengan lagu Sayang-Sayang.
Secara keseluruhannya, persembahan Aishah wajar dipuji kerana berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan baik bersama pasangannya, Aliff Aziz.
Juri juga amat berpuas hati dengan persembahan Aishah yang sentiasa konsisten sejak dari awal minggu pertama lagi. Ayuh kepada peminat-peminat Aishah diluar sana teruskan menyokong Aishah dan harapan kita melihat Aishah beraksi di pentas final Akademi Fantasia akan termakbul jika kita sentiasa memberikan sokongan dan tidak lupa menghantar undian kepada Aishah.


pic credit to : sultanmuzaffar.blogspot.com




Dua Hati Menjadi Satu - Aishah ft Aliff Aziz
video credit to : VideoKualaLumpur


Jangan lupa terus menonton Diari Akademi Fantasia khasnya pada hari Isnin ini untuk mengetahui lagu tugasan Aishah pada Konsert ke-6 Akademi Fantasia. Adakah lagu inggeris diberi sebagai lagu tugasan?? Sama-sama kita nantikannya.
Teruskan AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999


Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup
ISMA - 25%
YAZID - 22%
HAFIZ – 12%
CLAUDIA - 8%
AKIM - 8%
ARIL - 7%
AISHAH - 7%
SIDI - 6%
QHAUD - 5%

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup
ISMA - 18%
HAFIZ - 17%
YAZID – 15%
AKIM – 10%
AISHAH – 10%
CLAUDIA - 9%
ARIL – 9%
QHAUD - 8%
SIDI - 5%

Pada minggu ini kesemua pelajar diberikan lagu duet sebagai lagu tugasan .
Aishah mendapat lagu yang duet daripada Dafi dan Gita Gutawa yang berjudul Dua Hati Menjadi Satu.
Riang , gelak tawa dan ceria. Melodi yang indah dan bersahaja. Elemen-elemen yang terdapat dalam lagu ini mampu memberikan kita keseronakan dalam menghayati persembahan yang bakal dilakukan oleh Aishah di Konsert ke-5 Akademi Fantasia 7 pada minggu ini.
Siapa pasangan duet untuk Aishah???Nantikan ...

Teruskan menghantar undian anda..

AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999




Lirik lagu Dua Hati Menjadi Satu

Dafi & Gita Gutawa - Dua Hati Menjadi Satu

Na na na na na na
Na na na na na na

Sejak melihatmu
Ku jatuh hati padamu
Saat mengenalmu
Semakin kuingin kamu

Maukah engkau menemani aku…

Reff :

Hari kuindah
Dua hati kan bersatu
Hariku indah
Dua langkah menjadi satu

Andai aku dan kamu
Bersama selalu

Na na na na na na
Na na na na na na

Saat kau menatapku
Aku jadi salah tingkah
Kau genggam tanganku

Berdebar debar jantungkku
Maukah engkau Menemani aku…

Back to reff :

Dan bila kau tak ada
Mengapaku memikirkanmu
Apakah engkau juga
Memikirkan aku

Back to reff :

Konsert Mingguan ke-4 Akademi Fantasia 7 sudah melabuhkan tirainya kelmarin dengan pemergian 2 orang lagi pelajar iaitu Zizi dan Rubisa.
Kali ini Aishah menjadi pelajar pertama yang memulakan persembahan selepas kesemua pelajar selesai menyanyikan lagu tema Menuju Puncak pada permulaan konsert.
Pada yang ingin menonton sekali lagi persembahan Aishah sila layari klip di bawah ini

Aishah - Mentari Merah Di Ufuk Timur
credit to : emeraldL01




credit to http://www.klubbkidd.com/


Walaupun minggu ini agak sukar buat Aishah kerana menyanyikan lagu dari penyanyi lelaki iaitu lagu asal dendangan rockers terunggul tanah air, Amy Search namun persembahan Aishah wajar dipuji kerana memberikan sepenuh komitmen di atas pentas dalam usahanya melakukan yang terbaik pada malam itu. Memetik sebahagian daripada komen pengkritik antaranya Edrie Hashim memuji persembahan Aishah yang disifatkannya satu persembahan pembukaan yang cukup gempak, Amy Search pula mencadangkan agar Aishah memperbaiki stage movement, Datuk Siti Nurhaliza menyatakan bahawa Aishah mempunyai tone suara yang baik dan Adlin Aman Ramli berpendapat nyanyian Aishah ok tetapi perlu memperbaiki dari segi movement dan perlu lebih let go..
Secara keseluruhannya, persembahan Aishah tidaklah menghampakan dan wajar dipuji kerana bukan senang menyanyikan lagu yang bukan dari genre yang biasa dinyanyikan sebelum ini.Kepada peminat peminat Aishah di luar sana teruskan menghantar undian anda buat Aishah dan sama-sama kita doakan agar Aishah mampu pergi jauh dan menjejakkan kaki di pentas final Akademi Fantasia 7.


AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999




Kedudukan pelajar sebelum konsert bermula

ISMA - 21%
YAZID -16%
HAFIZ -10%
SIDI -8%
ARIL -8%
AISHAH -8%
ZIZI -7%
CLAUDIA -6%
AKIM -6%
RUBISA -5%
QHAUD -5%

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup
ISMA -16%
HAFIZ -14%
YAZID -12%
QHAUD -9%
AKIM -9%
AISHAH -8%
ARIL -8%
CLAUDIA -7%
SIDI -7%
ZIZI -6%
RUBISA -5%

Minggu ini agak berlainan sedikit dimana minggu ini pelajar-pelajar dikehendaki menyanyikan lagu-lagu dari 2 ikon industri muzik kita iaitu Amy Search dan Datuk Siti Nurhaliza.
Bagi Aishah sendiri khususnya, tugasan buat beliau agak mencabar sedikit kerana kita mengetahui di mana semua pelajar wanita dikehendaki menyanyikan lagu-lagu lelaki yakni dari Amy Search sendiri.
Aishah mendapat lagu Mentari Merah DI Ufuk Timur.Walaupun tugasan minggu ini agak mencabar buat Aishah, sama sama kita berharap agar Aishah dapat membuat yang terbaik khas untuk semua peminat-peminatnya yang tidak putus-putus memberikan sokongan buatnya.
Kita hayati bait-bait lirik yang membawa seribu pengertian buat kita semua. Kepada peminat-peminat Aishah di luar sana teruskan melayari menyokong Aishah dengan menghantar undian AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999.


Mentari Merah Di Ufuk Timur



Ada yang tertinggal
Setelah terbenam Mentari
Ada yang tertinggal
Setelah kering air di kali



Alam telah menyakinkan
Kau mesti pergi
Kau mesti
Alam telah menyakinkan
Kau mesti kembali
Bagai yang telah dijanjikan Illahi
Ada yang tertinggal
Setelah musnah semua mimpi



Kekal selamanya
Cintaku dengan cahaya mu
Kekal selamanya
Tetap dalam ingatanku



Lemas dalam rindu
Tenggelam dalam tangisan
Engkau telah pergi
Tapi masih ada...
Yang kau tinggalkan dalam kalbuku
Yang tinggal...( 3x... 6x... )



Selesai sudah persembahan Aishah pada hujung minggu lalu yang menyaksikan 2 orang pelajar Obri dan Rini tersingkir dari meneruskan pembelajaran di Akademi.
Membawakan lagu dari NoorKumalasari berjudul Mata, secara keseluruhannya persembahan Aishah tidak begitu menyerlah pada minggu ini dalam memikat hati barisan pengkritik tidak seperti minggu-minggu yang sudah.
Walau apa-apa pun, kami berharap agar segala pandangan dan kritikan yang diterima oleh Aishah akan memberikan satu motivasi buat Aishah dan menerimanya secara positif dalam usahanya untuk terus melakukan yang terbaik pada konsert-konsert akan datang kelak.
Untuk menyaksikan persembahan Aishah pada Konsert ke-3,sila layari klip video seperti yang terpampang di atas dan jutaan credit buat emeraldL01.

AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999