meh borak2 ngan ecah. :D

Archives

Akademi Fantasia Musim ke-7 kini sudah sampai ke pertengahan perjalanan dalam menobatkan seorang juara yang bakal sebaris dengan Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila dan Stacy.
Aishah membawakan lagu duet Dua Hati Menjadi Satu, lagu asal dendangan Dafi dan Gita Gutawa.
Kita telah melayari Diari Akademi Fantasia sepanjang minggu lalu yang menunjukkan pasangan duet Aishah adalah Juara Akademi Fantasia musim pertama iaitu Vince namun ia hanyalah satu kejutan semata-mata dimana ketika permulaan persembahan Aishah menyaksikan Aliff Aziz tampil di atas pentas sebagai pasangan duet Aishah.
Aliff Aziz adalah penyanyi yang berasal dari Singapura dan popular dengan lagu Sayang-Sayang.
Secara keseluruhannya, persembahan Aishah wajar dipuji kerana berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan baik bersama pasangannya, Aliff Aziz.
Juri juga amat berpuas hati dengan persembahan Aishah yang sentiasa konsisten sejak dari awal minggu pertama lagi. Ayuh kepada peminat-peminat Aishah diluar sana teruskan menyokong Aishah dan harapan kita melihat Aishah beraksi di pentas final Akademi Fantasia akan termakbul jika kita sentiasa memberikan sokongan dan tidak lupa menghantar undian kepada Aishah.


pic credit to : sultanmuzaffar.blogspot.com




Dua Hati Menjadi Satu - Aishah ft Aliff Aziz
video credit to : VideoKualaLumpur


Jangan lupa terus menonton Diari Akademi Fantasia khasnya pada hari Isnin ini untuk mengetahui lagu tugasan Aishah pada Konsert ke-6 Akademi Fantasia. Adakah lagu inggeris diberi sebagai lagu tugasan?? Sama-sama kita nantikannya.
Teruskan AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999


Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup
ISMA - 25%
YAZID - 22%
HAFIZ – 12%
CLAUDIA - 8%
AKIM - 8%
ARIL - 7%
AISHAH - 7%
SIDI - 6%
QHAUD - 5%

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup
ISMA - 18%
HAFIZ - 17%
YAZID – 15%
AKIM – 10%
AISHAH – 10%
CLAUDIA - 9%
ARIL – 9%
QHAUD - 8%
SIDI - 5%