meh borak2 ngan ecah. :D






Kredit To : klubbkidd

Pada minggu pertama konsert Akademi Fantasia 7 yang dibawakan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Aishah membawakan lagu Dan Sebenarnya dari Yuna . Ini adalah persembahan sulung Aishah dalam musim Akademi Fantasia 7. Aishah menerima komen yang positif dari barisan pengkritik seperti Edrie Hashim, Datuk Khatijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramlie.
Secara keseluruhannya, pihak admin berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Aishah. Kawalan pentas yang begitu baik dan bersahaja. Aishah punya karakter yang tersendiri dan mampu untuk pergi lebih jauh lagi di masa-masa akan datang. Dengan cabaran minggu pertama agak santai di mana pelajar bebas membawakan lagu pilihan masing-masing, pihak admin juga bersetuju dengan komen pengkritik agar Aishah mencuba sesuatu yang lebih mencabar pada konsert-konsert mingguan akan datang. Kepada peminat-peminat Aishah teruskan mengundi untuk memastikan Aishah kekal di Akademi Fantasia. Harapan kami agar Aishah mampu menjejakkan kaki di pentas final Akademi Fantasia.
Ecah....Ecahh....

1 Comment:

  1. syada said...
    "alignment lari"
    have to agree with ac..
    samada aisyah harus belajar berjalan + menari dgn heals..
    atau belajar berkata tidak bila diberikan outfit yg tidak sesuai/selesa..

Post a Comment