meh borak2 ngan ecah. :D

Seperti biasa kami bangun waktu subuh tapi kali ini tiada yang kejutkan kami orang dengan panggilan “Room Service!” He he.

Setelah bersiap, kami menunggu untuk seketika sebelum masuk ke Akademi. Semua di antara kami berasa teruja untuk mengetahui siapa pengetua AF7 tahun ini.

Tiba-tiba masuk seorang insan yang berpakaian serba hitam, berkasut tumit tinggi hitam dan bercermin mata hitam.

Kami terkejut dan amat gembira setelah mengetahui yang orang itu Datin Seri Tiara Jaclyn.

Aishah akui aura yang dia bawa amat kuat dan berpengaruh. Dia selepas itu menerangkan segala matlamat, misi dan visi yang turut menjadi harapan kami semua. Selepas itu kami mendapat tugasan yang pertama. Saya telah diberikan lagu permintaan Dan Sebenarnya dari Yuna.

Hari ini amat menyeronokkan kerana kami dapat terus belajar dengan Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Syafie.

Setelah itu, kami belajar menari tarian Menuju Puncak.

Akhir sekali, kami makan malam bersama dan balik ke bilik masing-masing.


Sumber > Click Here

0 Comments:

Post a Comment