meh borak2 ngan ecah. :D

Konsert Mingguan ke-4 Akademi Fantasia 7 sudah melabuhkan tirainya kelmarin dengan pemergian 2 orang lagi pelajar iaitu Zizi dan Rubisa.
Kali ini Aishah menjadi pelajar pertama yang memulakan persembahan selepas kesemua pelajar selesai menyanyikan lagu tema Menuju Puncak pada permulaan konsert.
Pada yang ingin menonton sekali lagi persembahan Aishah sila layari klip di bawah ini

Aishah - Mentari Merah Di Ufuk Timur
credit to : emeraldL01




credit to http://www.klubbkidd.com/


Walaupun minggu ini agak sukar buat Aishah kerana menyanyikan lagu dari penyanyi lelaki iaitu lagu asal dendangan rockers terunggul tanah air, Amy Search namun persembahan Aishah wajar dipuji kerana memberikan sepenuh komitmen di atas pentas dalam usahanya melakukan yang terbaik pada malam itu. Memetik sebahagian daripada komen pengkritik antaranya Edrie Hashim memuji persembahan Aishah yang disifatkannya satu persembahan pembukaan yang cukup gempak, Amy Search pula mencadangkan agar Aishah memperbaiki stage movement, Datuk Siti Nurhaliza menyatakan bahawa Aishah mempunyai tone suara yang baik dan Adlin Aman Ramli berpendapat nyanyian Aishah ok tetapi perlu memperbaiki dari segi movement dan perlu lebih let go..
Secara keseluruhannya, persembahan Aishah tidaklah menghampakan dan wajar dipuji kerana bukan senang menyanyikan lagu yang bukan dari genre yang biasa dinyanyikan sebelum ini.Kepada peminat peminat Aishah di luar sana teruskan menghantar undian anda buat Aishah dan sama-sama kita doakan agar Aishah mampu pergi jauh dan menjejakkan kaki di pentas final Akademi Fantasia 7.


AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999




Kedudukan pelajar sebelum konsert bermula

ISMA - 21%
YAZID -16%
HAFIZ -10%
SIDI -8%
ARIL -8%
AISHAH -8%
ZIZI -7%
CLAUDIA -6%
AKIM -6%
RUBISA -5%
QHAUD -5%

Kedudukan pelajar selepas undian ditutup
ISMA -16%
HAFIZ -14%
YAZID -12%
QHAUD -9%
AKIM -9%
AISHAH -8%
ARIL -8%
CLAUDIA -7%
SIDI -7%
ZIZI -6%
RUBISA -5%

0 Comments:

Post a Comment