Archives
Kedudukan pelajar undian AFMASUK setelah undian ditutup
ARIL - 52.45%
AISHAH - 26.6%
ZIZI - 6.87%
SIDI - 5.84%
CLAUDIA - 4.59%
QHAUD - 1.71%
RINI - 0.86%
RUBISA - 0.48%
OBRI - 0.34%
ADILA - 0.26%
Buat semua peminat-peminat Aishah yang selama ini memberi sokongan kepada Aishah dan sentiasa melayari blog ini diharap sentiasa terus memberikan sokongan tidak putus-putus kepada Aishah selepas ini. Mungkin tiada rezeki buat Aishah untuk diterima masuk kembali tapi yang pasti kita telah berusaha dan sentiasa mendoakannya. Sekejap rasanya masa berlalu dan musim Akademi Fantasia 7 hampir menuju ke penghujungnya.
Terima kasih buat peminat-peminat yang mengundi untuk Aishah sejak dari konsert pertama lagi hingga berjaya sampai ke konsert ke-8.
Owkey dehhh..
Semalam pada yang terlepas menyaksikan Diari Khas Ext yang membincangkan topik AFMASUK bersama wakil FC setiap pelajar, jangan lupa melayari video di bawah ini.
Kita ikuti sedutan Diari Khas Ext ini yang menampikan wakil Aril FC, Sidi FC, Claudia FC dan tentunya wakil dari Aishah FC iaitu saudari Effa.
Part 3 : DIARI KHAS EXT AF7 MINGGU KE-9
video credit to : crystle1987
AFMASUK AISHAH dan hantarkan ke 32999 sekarang.
Taip AFMASUK AISHAH dan hantar ke 32999.
Untuk menghantar lebih dari satu undian senang sahaja caranya
Taip AFMASUK3 AISHAH dan hantarkan ke 32999
Taip AFMASUK5 AISHAH dan hantarkan ke 32999
Taip AFMASUK10 AISHAH dan hantarkan ke 32999
AFMASUK bermula jam 10.00pm-Isnin (04/05/2009) dan akan ditutup pada 9.oopm-Sabtu (09/05/2009), iaitu pada malam Konsert Mingguan ke-9 Akademi Fantasia 7
Teruskan menghantar undian anda...
Keep on voting...!!!!
Konsert ke-8 - Slot Akasia medan terakhir Aishah??
4 comments Posted by Aishah AF7 at 6:30 PM Labels: Aishah di Konsert Mingguan AF7
Aishah
pic credit to joe - http://www.klubbkidd.com/
Aishah bersama ayah tersayang,Bujangpic credit to joe - http://www.klubbkidd.com/
Slot Akasia - Aishah
video credit to : teaoya
Berikut adalah kedudukan pelajar sebelum dan selepas konsert.
Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:
YAZID -29%
ISMA - 27%
HAFIZ -15%
AKIM -10%
AISHAH - 9%
CLAUDIA - 9%
Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:
YAZID -22%
HAFIZ -21%
ISMA - 20%
AKIM -14%
AISHAH -13%
CLAUDIA - 11%
Lagu Tugasan Konsert ke-8 Aishah
1 comments Posted by Aishah AF7 at 10:26 PM Labels: Lagu Tugasan Aishah AF7Lagu Tugasan Minggu ke-8 menjanjikan satu tugas yang berat buat Aishah kerana bukan sahaja Aishah diperlukan menyanyi malahan elemen lakonan turut diselitkan. Bertemakan lagu-lagu dari teater muzikal, minggu ini Aishah akan mempersembahkan semuanya dalam serba satu . Lagu tugasan konsert mingguan ke-8 untuk Aishah berjudul Slot Akasia iaitu lagu tema daripada teater Impak Maksima The Musical.
Teruskan menghantar undian anda kepada Aishah. Lagi 2 minggu sahaja lagi sebelum menjelangnya konsert final akademi fantasia 7. Jangan berasa selesa jika anda mendapati kedudukan Aishah berasa dalam kedudukan selamat. Teruskan mengundi kerana kita sendiri tidak tahu kemungkinan yang bakal berlaku. Akademi Fantasia penuh dengan kejutan dan drama. Undilah sebelum terlambat dengan cara seperti di bawah.
AFUNDI3 AISHAH ( 3 undian )
AFUNDI5 AISHAH ( 5 undian )
AFUNDI10 AISHAH ( 10 undian )
dan hantar ke 32999
Ingin memiliki T-Shirt Aishah AF7 Fan Club seperti yang tertera di bawah?
KALAU NAK , HUBUNGI KE NOMBOR DI BAWAH DAN SILA BUAT TEMPAHAN . BERIKAN SIZE ANDA & PADA HARI SABTU BOLEH MENGAMBIL BAJU TERSEBUT DI BUKIT JALIL .
TASYA : 0129170249 / 0168759713
PN.RABIAH : 0192186223
EFFA : 0128914456
AZZAH : 0128551911
YANG BENAR ,
FAMILY AISHAH ..
Konsert ke-7 - Flora Cinta
3 comments Posted by Aishah AF7 at 2:08 PM Labels: Aishah di Konsert Mingguan AF7Kehangatan transformasi Akademi Fantasia 7 kini hampir ke penghujung
Sekalung tahniah buat Aishah kerana berjaya mengekalkan kedudukannya di dalam Akademi hingga kini. Pentas final Akademi Fantasia semakin menghampiri diri Aishah sendiri
Konsert ke-7 menyaksikan Aishah membawakan lagu Flora Cinta dengan sedikit diubah arrangement muziknya. Walaupun kesemua pelajar perempuan yang masih tinggal dikatakan agak tenggelam pada minggu ini, namun diharap semua pandangan dan kritikan yang telah diberikan oleh juri profesional pada malam Konsert ke-7 diharap sedikit sebanyak dapat membantu Aishah dalam memperbaiki mutu persembahahnnya dan seterusnya menjadi yang terbaik di kalangan terbaik.
Mengejutkan..!!
Penyingkiran Aril memang sesuatu yang di luar jangkaan pada malam Konsert ke-7 tersebut.
Oleh itu kepada semua peminat-peminat Aishah di luar sana jangan terlalu leka jika anda merasakan undian Aishah sudah berada di kedudukan yang selesa.
Teruskan menghantar undian anda kepada Aishah.
Type AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999
video credit to : tarzankota2
Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:
ISMA - 24%
YAZID - 19%
HAFIZ - 14%
ARIL - 12%
AKIM - 11%
CLAUDIA - 10%
AISHAH - 10%
Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:
HAFIZ - 17%
ISMA - 17%
AISHAH - 15%
YAZID - 15%
AKIM - 14%
CLAUDIA - 11%
ARIL - 11%
Lagu Tugasan Konsert ke-7 Aishah
4 comments Posted by Aishah AF7 at 3:09 PM Labels: Lagu Tugasan Aishah AF7Pada minggu ini, Aishah mendapat lagu yang pernah dipopularkan oleh Min Malik pada satu ketika dahulu. Mungkin ada di antara anda yang pernah mendengar lagu ini. Melodinya cukup indah dan sesuai dengan kelunakan vokal Aishah sendiri.
Kini tinggal 3 orang sahaja pelajar perempuan yang masih tinggal di dalam Akademi Fantasia.
Isma, Claudia dan Aishah sendiri. Teruskan sokongan anda dengan menghantar undian kepada Aishah. Type AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999.
Ayuh...lagi 3 minggu sahaja lagi menjelang Konsert Final. Teruskan menghantar undian sebelum terlewat. Owkey dehh..
Lirik Lagu Flora Cinta yang bakal dibawakan oleh Aishah pada konsert ke-7 minggu ini
Flora Cinta
Benarkah ini ujian lagi
Beombak cuma rasa gundah
Dari sanubari
Tidak percaya pada sengketa
Bisa merubah perjalanan
Yang baru bermula
Biarkan... mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu
( korus )
Setelah hujan pun berhenti
Flora cintaku pun bersemi
Menjadi pepohon tegak merimbun
Bayang kasihmu oh !...
Sempadan cinta pun terbuka
Flora cintaku pun berbunga
Menjadi haruman wangian cinta
Selama-lama...
Andai ada jodoh kita
Tak akan ke mana-mana
Pastikan sempurna harapan bersama
Sempadan kasih bertemu sudah
Takkan merubah perjalanan yang baru bermula
Biarkan mendung berarak lesu
Rintik menjadi rindu padamu ( 2X )
Konsert ke-6 - Segitiga
4 comments Posted by Aishah AF7 at 7:57 PM Labels: Aishah di Konsert Mingguan AF7Daripada persembahan pertamanya di pentas Akademi Fantasia 7 dengan Dan Sebenarnya, kini sedar tak sedar Aishah sudah menjangkau ke konsert mingguan yang ke-6 dengan mempersembahkan lagu Segitiga dengan gabungan bersama band yang didatangkan khas dari Indonesia iaitu Cokelat.
Terima kasih buat semua peminat-peminat Aishah yang terus memberikan sokongan buat diri Aishah hingga kini .Perlu diingat juga masih banyak lagi yang perlu ditempuhi oleh Aishah untuk minggu-minggu seterusnya . Besarlah harapan kita semua untuk melihat Aishah menjejakkan kaki ke pentas Final Akademi Fantasia. Teruskan sokongan anda
Berbalik kepada persembahan Aishah pada Konsert ke-6, Aishah berjaya menghiburkan semua penonton. Kita boleh lihat di sini dimana Aishah terus konsisten dalam membawakan semua lagu tugasan yang diberi sejak dari minggu pertama lagi. Penghayatan dan kawalan vokal Aishah menampakkan kemajuan dari minggu ke minggu. Terdapat banyak ulasan dan komen yang mengatakan pakaian Aishah tidak sesuai pada malam tersebut. Pada pendapat peribadi kami, pakaian tersebut bersesuaian dengan imej Aishah sebagai seorang remaja yang baru berusia 18 tahun tetapi untuk digayakan pada malam tersebut, ia dilihat tidak bersesuaian dan tidak tepat dengan konsep lagu yang dibawakan oleh Aishah iaitu more to rock.
Aishah dilihat kelihatan terkawal dengan imej sebegini dan tidak begitu free untuk menguasai seluruh pentas.
Apa-apa pun secara keseluruhannya, persembahan Aishah wajar dipuji.
Owkey Deh....
credit to : http://www.klubbkidd.com/

Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup:
ISMA - 28%
HAFIZ – 19%
YAZID - 13%
CLAUDIA - 11%
ARIL - 10%
AISHAH - 8%
AKIM - 8%
QHAUD - 4%
Kedudukan pelajar selepas undian ditutup:
HAFIZ - 20%
ISMA - 19%
AKIM – 11%
ARIL – 11%
YAZID – 10%
CLAUDIA - 10%
AISHAH – 10%
QHAUD - 9%
Teruskan mulai sekarang gerak gempur AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999.
Lagu Tugasan Konsert ke-6 Aishah
1 comments Posted by Aishah AF7 at 7:35 AM Labels: Lagu Tugasan Aishah AF7Konsert ke-6 Akademi Fantasia pastinya menjanjikan satu persembahan live band yang hebat apabila setiap pelajar diberikan lagu yang dipopularkan oleh band seperti Lefthanded.
Aishah mendapat lagu tugasan yang berjudul Segitiga yang, lagu asal dendangan Cokelat satu nama kumpulan yang cukup gah di Indonesia dan pernah menjejakkan kaki ke Malaysia.
Jangan lupa menonton Diari Akademi Fantasia untuk mengetahui kehidupan seharian Aishah di dalam Akademi dan pastinya kita semua mengharapkan Aishah dapat membuat satu persembahan yang bakal meninggalkan satu kenangan buat kita semua pada Konsert ke-6 ini.
Kepada semua peminat-peminat Aishah jangan lupa terus memberikan sokongan buat Aishah dan jika berkesempatan datanglah menyaksikan Konsert Akademi Fantasia 7 yang dibawakan secara langsung dari Dewan Seri Putra, Bkt Jalil. Pada yang tidak berkesempatan jangan lupa melekat di kaca televisyen anda pada hari sabtu ini.
AFUNDI AISHAH dan hantarkan ke 32999
Lirik Lagu Segitiga - Cokelat
Artist: Cokelat
Hati... meratap perih
Tersiksa sepi... jangan kau pergi
Bila... untuk bersama
Tiada jalannya... 'tuk tetap setia
Lelah kujelang, malamku gelap sepi
Bintang pun enggan, temani disini
Kubertahan, walau tiada kau akhiri
Segitiga diantara kita
Hanya 'tuk berdusta dan kulelah
Diantara segitiga ini
Kita... lama tak jumpa...
Kau telah berdua... ku tak berdaya
Mungkin kau tak peduli
Aku disini... terluka hati
Lelah kujelang, malamku gelap sepi
Lama kunanti, kau tetapkan hati
Pada sesiapa yang belum mendengar lagu Segitiga ini layarilah video klip di bawah dan tunggu persembahan yang bakal disajikan oleh Aishah pada minggu ini. Keep on voting ......
AFUNDI AISHAH
Konsert ke-5 - Dua Hati Menjadi Satu
0 comments Posted by Aishah AF7 at 4:13 PM Labels: Aishah di Konsert Mingguan AF7Akademi Fantasia Musim ke-7 kini sudah sampai ke pertengahan perjalanan dalam menobatkan seorang juara yang bakal sebaris dengan Vince, Zahid, Mawi, Faizal, Mila dan Stacy.
Aishah membawakan lagu duet Dua Hati Menjadi Satu, lagu asal dendangan Dafi dan Gita Gutawa.
Kita telah melayari Diari Akademi Fantasia sepanjang minggu lalu yang menunjukkan pasangan duet Aishah adalah Juara Akademi Fantasia musim pertama iaitu Vince namun ia hanyalah satu kejutan semata-mata dimana ketika permulaan persembahan Aishah menyaksikan Aliff Aziz tampil di atas pentas sebagai pasangan duet Aishah.
Aliff Aziz adalah penyanyi yang berasal dari Singapura dan popular dengan lagu Sayang-Sayang.
Secara keseluruhannya, persembahan Aishah wajar dipuji kerana berjaya menyampaikan lagu tersebut dengan baik bersama pasangannya, Aliff Aziz.
Juri juga amat berpuas hati dengan persembahan Aishah yang sentiasa konsisten sejak dari awal minggu pertama lagi. Ayuh kepada peminat-peminat Aishah diluar sana teruskan menyokong Aishah dan harapan kita melihat Aishah beraksi di pentas final Akademi Fantasia akan termakbul jika kita sentiasa memberikan sokongan dan tidak lupa menghantar undian kepada Aishah.
Jangan lupa terus menonton Diari Akademi Fantasia khasnya pada hari Isnin ini untuk mengetahui lagu tugasan Aishah pada Konsert ke-6 Akademi Fantasia. Adakah lagu inggeris diberi sebagai lagu tugasan?? Sama-sama kita nantikannya.
Kedudukan pelajar sebelum undian ditutup
ISMA - 25%
YAZID - 22%
HAFIZ – 12%
CLAUDIA - 8%
AKIM - 8%
ARIL - 7%
AISHAH - 7%
SIDI - 6%
QHAUD - 5%
Kedudukan pelajar selepas undian ditutup
ISMA - 18%
HAFIZ - 17%
YAZID – 15%
AKIM – 10%
AISHAH – 10%
CLAUDIA - 9%
ARIL – 9%
QHAUD - 8%
SIDI - 5%










