Archives
Pada 9 Ogos yang lalu, Aishah berkesempatan bermain boling mewakili pasukan AishahFC di kejohanan Isma HotMama Boling Tournament yang diadakan di U-Bowl, One Utama, Damansara. Kejohanan yang dianjurkan oleh IsmaFC ini mendapat sambutan hangat apabila banyak kelab-kelab peminat menyertainya terutamanya kelab peminat bintang-bintang AF.
Antara kelab-kelab peminat yang menyertainya adalah dari kelab peminat Nubhan, Shawal, Saida dan ramai lagi. Beberapa bintang AF7 juga turut turun padang bagi memeriahkan lagi tournament boling ini.
9 pic :credit to razmankl.thanks
Kejohanan boling itu turut menampilan persembahan dari Isma dan Tomok. Yang menariknya ketika Isma menyanyikan lagu Dan Sebenarnya, Aishah turut dipanggil mengadakan persembahan bersama-sama. Penganjur juga menyediakan hadiah buat 10 pasukan teratas, hadiah buat raja longkang dan ratu longkang. Tidak ketinggalan cabutan bertuah juga turut diadakan.
Terima kasih buat penganjur IsmaFC yang memberi peluang buat semua kelab peminat berkumpul dan bermain boling bersama-sama.
Jangan lupa pada bulan ramadhan ini, Aishah akan turut serta bersama Marhaban Astro menjelajah ke 4 lokasi seluruh Malaysia.
Teruskan menyokong Aishah.. Owkey Deh...!!!
Aishah FC akan menyertai "ISMA HOT MAMA BOWLING TOURNAMENT" anjuran Isma FC pada masa dan tempat yang telah ditetapkan seperti di bawah ini. Jom ramai-ramai sokong pasukan boling Aishah FC. Jumpa di sana yaaa..
Tempat : U-Bowl, One Utama Shopping Centre, Damansara
Tarikh : 9 August 2009 (Ahad)
Masa : 10.00 AM
Part 1
Konsert Reunion AF7 kali ini diadakan di Padang Merdeka, Kuching , Sarawak. Kali ini Bumi Kenyalang menjadi lokasi pilihan untuk konsert reunion pada tahun ini. Amat menarik melihat kesemua pelajar Akademi Fantasia 7 bergabung di atas satu pentas kerana mungkin selepas ini sukar untuk melihat kesemuanya berada di atas pentas bersama-sama kerana komitmen kerjaya masing-masing.
Berikut kiriman foto melibatkan Aishah yang dikirim oleh peminat setianya di Kuching. Terima kasih kepada Mona.




Pada yang tidak berkesempatan menyaksikan secara langsung Konsert Reunion AF7 di Sarawak jangan ketinggalan menontonnya di Astro RIA kelak. Dijangka pada hari raya akan keudara di televisyen.
Nantikannya. Owkey Dehh..
p/s : Gambar2 akan diupdate dari masa ke semasa .
Baru-baru ini Aishah bermain boling bersama Aishah Frenz di Kejohanan Boling Underneath Pokok Kelapa (UPK) anjuran Marsha Londoh Entertainment bertempat di Cosmic Bowl, Mid Valley Megamall. Antara bintang-bintang AF yang turut hadir selain Aishah adalah Zizi AF7, Riz AF6 dan Marsha AF3. Pelbagai gelagat yang dapat dilihat terutama aksi setiap pasukan bertanding.
Selepas bermain boling, pada hari yang sama juga Aishah bergegas ke Putrajaya untuk menghadiri satu event iaitu Kejohanan Rowing Jabatan Perdana Menteri 2009. Aishah mempersembahkan 2 lagu iaitu salah satunya adalah lagu wajib Aishah sendiri iaitu Dan Sebenarnya dan sebuah lagu lagi iaitu Molek. Selain Aishah, 2 bintang AF7 yang turut dijemput membuat persembahan adalah Obri dan Zizi.
Pada yang terlepas peluang menyaksikan persembahan Aishah di Putrajaya jangan lupa menonton salah satu persembahan Aishah di sana. Lagu berjudul Molek khas untuk semua peminat-peminat Aishah.
p/s : kualiti bunyi video kurang memuaskan disebabkan sistem audio terletak jauh dari tempat Aishah membuat persembahan.
Aishah akan membuat show di Putrajaya sempene Pesta Air
MASA : 2.30 PTG
VENUE: PUTRAJAYA
TARIKH : 21.6.2009(AHAD)
datanglah beramai-ramai.
Okayy..~
Simple gathering with aishah frenz (special for aishah frenz)
0 comments Posted by Aishah AF7 at 11:41 PM Labels: Aishah AF7Pada hari ahad ini bertarikh 21hb June 2009, Aishah frenz akan menyertai pertandingan boling Underneath Pokok Kelapa anjuran Marsha Londoh Entertainment bertempat di Cosmic Bowl, Mid Valley yang dijadualkan berlangsung pada pukul 10 pagi dan selepas itu satu simple gathering akan diadakan antara Aishah dan peminat-peminatnya.
DATE : 21 JUNE 2009(AHAD)
TIME : AFTER MARSHA BOWLING TOURNEMENT)
VENUE : STEVEN'S CAFE,MID VALLEY,K.L
* TERHAD KEPADA 30 ORANG SAHAJA...
* MAKAN/MINUM TANGGUNG SENDIRI(SDN BHD)....HEHEHEHEE TQ
( Perhatian!! kalau boleh datang seawal mungkin pada pukul 10pagi untuk menyokong pasukan boling Aishah Fanz kerana selepas itu Aishah akan bergegas ke show di Putrajaya pada pukul 2.30 ptg hari yang sama. Sekian. Terima kasih.
So, apa tunggu lagi.
Sila beri nama di forum ya dan bukan di blog..
Caranya senang sahaja...
1. Sila layari forum rasmi di http://aishahaf7.smfforfree.com/ . Kepada sesiapa yang belum mendaftarkan di forum cepat-cepatlah berbuat demikian.
2. Selepas mendaftar di forum, anda hanya perlu log in di forum dan terus ke kategori Aktiviti Aishah Fanz dan sila ke ruangan topik gathering untuk mendaftarkan nama anda secara terus.
Sekian..terima kasih
Sebarang perubahan akan diberitahu kelak.
Seperti yang diberitahu dalam entry sebelum ini, vc Aishah berpoco-poco akan diuploadkan dalam blog ini untuk tatapan semua peminat-peminat Aishah yang berada di luar sana tak kiralah dekat atau jauh yang tidak berkesempatan menghadiri dan menyaksikan persembahan Aishah di Menara Kuala Lumpur .
Jom sama-sama kite tengok yaa...
Aishah - Poco Poco
Pada 6hb June 2009, Aishah telah membuat persembahan di Menara Kuala Lumpur iaitu salah satu mercu kebanggaan bandaraya dan juga tempat tumpuan pelancong yang melawat bandaraya.
Aishah membuat persembahan pada pukul kira-kira 12 tengahari dan menyampaikan 3 buah lagu iaitu Dan Sebenarnya, Molek dan Flora Cinta.
Yang menariknya persembahan Aishah turut melibatkan penonton yang hadir menyaksikan Aishah. Ada yang menari bersama..ada yang menyanyi bersama..jangan lupa saksikan 2 video clip di bawah .
Pada sesi petang juga Aishah juga terlibat mengadakan persembahan di venue yang sama.

Aishah AF7 - Dan Sebenarnya
Aishah AF7 - Molek
Apa yang menariknya Aishah juga terlibat dalam menari poco-poco bersama pengunjung Menara Kuala Lumpur
Nak lihat aksi Aishah berpoco-poco. ??
Nantikan next topic. Owkey dehh..
Untuk semua peminat-peminat Aishah yang tidak dapat menyaksikan Aishah ketika Aishah berada di Gempak Selebriti Astro yang berlangsung di Mid Valley Megamall pada 24hb Mei 2009 yang lepas jangan lupa saksikan video klip persembahan Aishah yang sempat admin record kan.
Aishah menyampaikan lagu yang sungguh memberi kesan dan makna yang mendalam buat kita semua. Kerana inilah lagu pertama yakni tugasan sulung buat Aishah sewaktu di Konsert Akademi Fantasia ke-7.
Hope korang semua enjoy..
Aishah AF7- Dan Sebenarnya (live)

























