meh borak2 ngan ecah. :D

Archives






Kredit To : klubbkidd

Pada minggu pertama konsert Akademi Fantasia 7 yang dibawakan secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Aishah membawakan lagu Dan Sebenarnya dari Yuna . Ini adalah persembahan sulung Aishah dalam musim Akademi Fantasia 7. Aishah menerima komen yang positif dari barisan pengkritik seperti Edrie Hashim, Datuk Khatijah Ibrahim dan Adlin Aman Ramlie.
Secara keseluruhannya, pihak admin berpuas hati dengan persembahan yang ditunjukkan oleh Aishah. Kawalan pentas yang begitu baik dan bersahaja. Aishah punya karakter yang tersendiri dan mampu untuk pergi lebih jauh lagi di masa-masa akan datang. Dengan cabaran minggu pertama agak santai di mana pelajar bebas membawakan lagu pilihan masing-masing, pihak admin juga bersetuju dengan komen pengkritik agar Aishah mencuba sesuatu yang lebih mencabar pada konsert-konsert mingguan akan datang. Kepada peminat-peminat Aishah teruskan mengundi untuk memastikan Aishah kekal di Akademi Fantasia. Harapan kami agar Aishah mampu menjejakkan kaki di pentas final Akademi Fantasia.
Ecah....Ecahh....

Jumaat
12 Mac 2009

Hari ini Aishah dan rakan-rakan yang lain membuat persembahan di hadapan Cikgu Shafie dan Cikgu Siti Hajar. Tambahan lagi Cikgu Acis turut bersama-sama menyaksikan untuk memastikan susunan lagu yang telah diatur betul-betul sesuai dengan kami.

Banyak perkara yang Aishah perlu baiki tetapi bagi para tenaga pengajar, kami semua telah berusaha dan mencuba untuk membaiki kekurangan.

Hari ini juga dengan tidak disangka-sangka bahawasanya keputusan SPM telah diperoleh. Aishah amat bersyukur ke hadrat Allah s.w.t. kerana rezeki yang Dia berikan selama ini. Aishah sedar akan usaha Aishah lakukan telahpun membuahkan hasil.

Sebelah malam pula, kami mengadakan sound check di lokasi konsert bakal diadakan. Aishah disarankan agar lebih mengeluarkan suara memandangkan nada lagu yang agak rendah serta muzik lagu Aishah yang agak menenggelamkan suara.

Selain itu, Aishah juga diminta agar jangan was-was di atas pentas. Aishah berjanji pada diri akan sentiasa berani dan lincah di pentas.

Rabu
11 Mac 2009

Di awal pagi, Aishah ok dan agak happy mengikuti kelas-kelas yang dijalankan. Tapi setelah tibanya waktu petang, Aishah agak lemah dan risau tak tentu hala. Mungkin terkenang dengan keluarga dan mungkin Aishah juga risau tentang minggu pertama ini rasa macam tak ada kemajuan diri. Tetapi adik-beradik Aishah dalam Akademi ini sangat baik hati, mengambil berat dan bertanggung jawab

Mereka semua membantu Aishah meluahkan perasaan serta memberi nasihat agar tidak menyerah kalah. Aishah sangat berterima kasih kepada mereka.

Salah satu daripada yang menarik berlaku hari ini ialah perjumpaan bersama principal sebelum ‘lunch’. Kita berbincang bersama-sama mengenai stail yang kami inginkan dan beliau cuba untuk menerapkan stail tersebut dalam pemakaian seharian kami. Kami semua amat tidak sabar untuk ditransformasikan!!!

PEMANGKIN

Seperti biasa bila mentari eletrik di bilik kami telah bertamu kami masing-masing siram membasahi diri. Setelah selesai solat Subuh, Aishah dan rakan-rakan bersiap dan pergi ke Akademi.

Kelas awal yang dimulakan dengan Cikgu Syafie dan Cikgu Siti Hajar. Sebagai insan pertama yang menyanyi Aishah mendapat teguran yang amat memberangsangkan. Sambungan kelas ditangguh kerana ada perjumpaan dengan principal. Betapa bertuahnya kami kerana kami sentiasa diberi motivasi dan pemangkin agar sentiasa berusaha.

Tiba waktu kelas Miss Absolutely Gorgeous Aida dan kami masing-masing menceritakan maksud lagu serta memahami emosinya. Kelas kami bersama beliau diakhiri dengan menjiwai watak serta situasi yang diberikan. Amat seronok pelajaran hari ini!

Yang terakhir sudah tentu kelas menari bersama Cikgu Aris. Kami di suruh agar merancang sendiri pergerakan yang akan dibuat semasa persembahan. Seterusnya kami teruskan dengan tarian Menuju Puncak.

Maka kami akhiri kelas sebelum 9 malam.

Seperti biasa kami bangun waktu subuh tapi kali ini tiada yang kejutkan kami orang dengan panggilan “Room Service!” He he.

Setelah bersiap, kami menunggu untuk seketika sebelum masuk ke Akademi. Semua di antara kami berasa teruja untuk mengetahui siapa pengetua AF7 tahun ini.

Tiba-tiba masuk seorang insan yang berpakaian serba hitam, berkasut tumit tinggi hitam dan bercermin mata hitam.

Kami terkejut dan amat gembira setelah mengetahui yang orang itu Datin Seri Tiara Jaclyn.

Aishah akui aura yang dia bawa amat kuat dan berpengaruh. Dia selepas itu menerangkan segala matlamat, misi dan visi yang turut menjadi harapan kami semua. Selepas itu kami mendapat tugasan yang pertama. Saya telah diberikan lagu permintaan Dan Sebenarnya dari Yuna.

Hari ini amat menyeronokkan kerana kami dapat terus belajar dengan Cikgu Siti Hajar dan Cikgu Syafie.

Setelah itu, kami belajar menari tarian Menuju Puncak.

Akhir sekali, kami makan malam bersama dan balik ke bilik masing-masing.


Sumber > Click Here

Bismillahirahmanirahim

Hari ini hari 1st kitorang sampai ke akademi. Awal pagi kitorang dah bersiap lengkap dengan pakaian baju kurung, bertudung dan bagi lelaki berpakaian lengkap baju melayu serta samping. Kitorang bertolak dari hotel dalam pukul 12.

Setelah sampai, kami disambut dengan baik oleh pihak Astro. Seterusnya kami berhibur dengan kumpulan Rabbani dan Mawi sempena Maulidur Rasul. Kami turut diberi motivasi atau ceramah dari Ustaz Kahil Hayy.

Kemudian, kami makan bersama. Selepas itu, kami menjalani sesi membaca dan mendengar surat dari rakan2 yang terkeluar. Kami pergi melawat dan menjelajahi seluruh akademi. Akhir sekali kami minum petang sebelum pulang ke hostel perempuan.


Sumber > Click Here

Tugasan Mingguan

Salam all,
untuk minggu ini, Aishah akan menyanyikan lagu 'Dan Sebenarnya' daripada Yuna. Yuna nih seorg girl indie. x sabar aku nak tgk mcmana performance yg bakal aishah tonjolkan dan ingin sgt tgk aper yg prank AF nak 'TRANFORMASIKAN'. Harap bukan Transformer ah meke semua nih yek. Aku akan bg lirik and player utk lagu yg bakal aishah performkan ari sabtu nih... Layanzzz


Dan Sebenarnya

oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,
air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,
kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,
jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh


Menuju Puncak - Lagu Tema AF7

Kredit To : Klubkidd

Biodata Aishah


Nama Penuh : Siti Aishah Bt Bujang
Nama Manja :Kak Jot/Asya
Umur:18 Tahun
Tarikh Lahir :14 Januari 1991

Profil Penuh

Agama
Islam

Bangsa
Melayu

Status
Bujang

Asal
Kuching

Tinggi
146cm

Berat
40kg

Hobi
Menyanyi, bersiar-siar

Pengalaman bidang hiburan
Pernah menjadi solo kumpulan nasyid wakil sekolah menengah.

Penyanyi Idola
Jamal Abdillah

Deskripsi : Gadis yang mula menyanyi kerana terpengaruh dengan filem Hindustan ini menyimpan impian yang besar menjadi penyanyi. Pengalamannya menjadi penyanyi solo kumpulan nasyid sekurang-kurangnya

Impian
Mengubah kehidupan keluarga lebih baik.

Adik-beradik
Kelima daripada enam beradik

Ceritakan pengalaman kali pertama anda menyanyi.
Saya mula-mula menyanyi setelah terpengaruh dengan cerita hindustan.

Adakah anda pernah mengikuti kelas formal nyanyian?
Tidak.

Apakah bakat lain yang anda miliki?
Menjahit, membuat kuih, mewarna dan mereka plan rumah.

Apakah matlamat hidup anda?
Memiliki kehidupan yang lebih baik.

Siapakah Bintang Akademi Fantasia pilihan anda?
Saya memilih Stacy.

Perkara paling menyedihkan yang pernah anda alami dalam hidup anda?
Tiada.

Apakah saat yang paling menggembirakan hidup anda?
Ketika saya mendapat 8A dalam PMR dan dapat melihat ibu dan ayah gembira.

Apakah halangan terbesar yang pernah anda mengalami?
Tiada.

Apakah pengalaman paling manis/pahit?
Pengalaman manis ialah pergi bercuti ke Genting Highland buat pertama kalinya bersama ibu dan ayah.

Senaraikan tiga peristiwa penting yang telah berlaku dalam Malaysia pada tahun 2007 -2008.
Aznil berhenti menjadi pengacara AF ke-6, angkasawan pertama Malaysia berjaya mendarat di stesen angkasa dan keruntuhan tanah di Bukit Antarabangsa.

Apakah yang anda lakukan sekiranya tidak terpilih ke Akademi Fantasia?
Saya akan menyambung semula pelajaran di universiti.
Jika anda boleh membuat perubahan kepada dunia, apakah perubahan yang akan anda lakukan?
Menghentikan semua peperangan serta membantu menyelamat bumi ini dari semua pencemaran.

Sekiranya suara anda diambil kira, apakah perubahan yang ingin anda lakukan ke atas Malaysia dan kenapa?
Mencadangkan agar pihak kerajaan membanyakkan peluang pekerjaan kerana banyak rakyat Malaysia yang menganggur.

Jika anda berpeluang melancong di bulan, siapa/apa yang ingin anda bawa bersama (1 sahaja). Kenapa.
Ibu saya kerana ibu saya ibarat bulan yang menyinari kehidupan saya dengan memberi pelbagai pengorbanan.

Sekiranya anda mempunyai binatang peliharaan, apakah ia dan namanya.
Kenapa?
Seekor kucing parsi bernama Koko. Ini kerana nama itu comel dan bersesuaian dengan kucing yang memang comel.

Jika anda menjadi haiwan, apakah haiwan yang ingin anda jadi dan kenapa?
Kambing biri-biri kerana saya suka kambing biri-biri dan banyak faedah boleh didapati darinya.

Sebutkan tiga asset yang ada pada diri anda.
Comel
Suara/bakat
Bijak

sumber : astro