meh borak2 ngan ecah. :D

Diari : Konflik sudah pulih &

Selasa, 17 Mac 2009

Pagi Selasa yang indah ini menguatkan semangat Aishah untuk berjuang mencapai matlamat. Setiap hari memang memenatkan tetapi berbaloi dan Aishah enjoy!! Hari ini kami mengukur berat badan masing-masing dan seperti biasa Aishah adalah yang paling ringan
Setelah sarapan bersama, kami mengalami kelas tarian namun kelas kami terhenti seketika kerana terdapat aduan mengenal konflik antara pelajar perempuan dengan pelajar lelaki. Cikgu Aris dan Cikgu Shafie cuba menyelesaikannya dan setelah itu keadaan kembali pulih
Pada sebelah petang pula, kami didatangi oleh antara pelakon yang saya hormati – Sharifah Amani dan rakan sekerja bagi filem Sayang U Can Dance. Kami masing-masing mendapat cenderamata serta ilmu yang berguna dari mereka

Setelah minum petang, selepas kelas Misss Ida gorgeous kami mula semula dengan Cikgu Siti Hajar untuk tugasan lagu. Kemudian, kami sambung dengan kelas Cikgu Aris lagi sekali untuk mendapatkan persediaan tarian yang mantap.


Rabu
18 Mac 2009

Pagi ini sangant indah dan tenang… sebabnya kami dalam akademi sahaja hahaha! Tapi hari ini semua nampak bersemangat, ceria dan gembira. Selepas kejadian yang kelmarin, kami menjadi lebih bersifat terbuka, akrab dan lebih selesa. Ternyata kejadian yang berlaku membawa hikmah besar dalam kehidupan kami.

Setelah bersarapan, kami bergilir-gilir menyampaikan nyanyian kepada Cikgu shafie dan kemudiannya kepada Cikgu Siti Hajar. Banyak yang Aishah dan rakan-rakan dapat baiki dalam nyanyian.

Di sebelah petang, kami menyampaikan tugasan untuk pemeriksaan oleh Cikgu Aris sebagai guru persembahan. Aishah telah melakukan yang telah dirancang dengan lancar. Cikgu Aris turut menambah sedikit sebanyak idea yang bernas untuk membantu persembahan Aishah lebih baik.

Hari ini kami turut didatangi Joe, wartawan yang popular di M’sia. Beliau telah banyak membantu kami serta menghulurkan ilmu dan tips-tips yang berguna untuk kami ketika berhadapan dengan media nanti.

Kesimpulannya, hari ini hari yang indah bagi kami semua. Alhamdulillah…

0 Comments:

Post a Comment